Didikan Ibu Bapa Masa Kini | profhariz.com

Didikan Ibu Bapa Masa Kini

Siapa tak sayang anak? Sebagai ibu bapa sudah tentu mereka mahu yang terbaik kepada anak-anak mereka dari segala aspek. Terkadang, adakah mereka sedar bahawa cara mereka menyayangi anak mereka boleh merosakkan anak mereka sendiri. Sayang yang bagaimana yang boleh dikategorikan sebegitu?

grey Didikan Ibu Bapa Masa Kini

Didikan Ibu Bapa

Cuba anda lihat anak-anak zaman kini, mereka terlalu menjadi kurang ajar. Pelajar melawan guru, Pelajar pukul polis, pelajar belasah ibu. Kenapa jadi begitu, bukankah mereka sebagai ibu dan bapa telah mendidik anak anak mereka dari kecil lagi. Apakah pengajaran dan didikan yang telah mereka berikan pada anak anak mereka selama ini. Adakah ini masih tidak mengcukupi?

Didikan Ibu Bapa Zaman Dahulu

Sebagai ibu bapa adakah anda masih ingat bagaimana anda di didik oleh ibu bapa pada zaman dahulu. Tentu anda tidak lupakan. Bagaimana caranya bila bertemu dengan orang yang lebih tua ? Rasa hormat sentiasa ada bersama diri sendiri bukan. Apabila ditegur kesalahan anda sudah pasti anda tak pernah ada hak untuk membela diri walaupun pada hakikatnya anda benar. Kenapa, adakah anda takut?

grey Didikan Ibu Bapa Masa Kini

Kadang-kadang sudah semestinya didikan ibu bapa zaman dahulu membuatkan anak-anak merasa takut kepada mereka. Takut disini adalah hormat. Kerana pada zaman dahulu ibu bapa tak mahu mereka dituduh tak pandai mendidik anak. Jika dibandingkan zaman dahulu dan masa kini, anak-anak tahu menghormati dan menyayangi ibu bapa bukan itu sahaja malah jiran tetangga, guru-guru dan siapa sahaja yang lebih tua.

Kenapa Anak Muda Menjadi Kurang Ajar

Apabila melihat anak muda pada masa kini, Pasti persoalan yang sama berada di minda anda sebagai ibu dan bapa. Kenapa anak muda pada masa kini menjadi terlalu berani dan kurang ajar? Anak muda merempit sana sini. Belasah sini sana dan ada yang lebih teruk belasah guru, belasah ibu dan bapa kandung sendiri.

grey Didikan Ibu Bapa Masa Kini

Anak Muda Kurang Ajar

Cuba anda sebagai ibu dan bapa lihat anak-anak sekarang adakah mereka kenal siapa ibu bapa mereka? Tentu sekali mereka kenalkan. Tapi cuba tanya pada diri sendiri, Adakah rasa sayang dan hormat itu ada pada anak-anak anda? Sebenarnya apa yang ingin PH perkatakan disini, Kenapa anak muda pada masa kini menjadi kurang ajar !

  • Adakah kerana dibesarkan oleh pembantu rumah ?
  • Apakah kerana ibu bapa asyik dengan kerjaya sehingga tak tahu apa yang anak-anak buat?
  • Adakah sumber pendapatan yang diberikan kepada mereka tiada keberkatan?
  • Adakah kerana anda sebagai ibu bapa terlalu percaya kepada anak-anak?
  • Adakah anda terlalu sayang kepada mereka sehingga tidak nampak kekurangan pada diri mereka?
  • Adakah anda hendak menjadi ibu bapa yang sporting dan up to date mengikut peredaran zaman?

Apa yang boleh PH simpulkan disini, Sikap Ibu Bapa pada Masa Kini adalah terlalu sayang dan percaya kepada anak-anak mereka hingga merosakkan. Sehingga ibu bapa sanggup mempertahankan anak-anak mereka walaupun mereka tahu siapa anak mereka sebenarnya. Terkadang, ibu bapa pada masa kini, sanggup lakukan apa saja demi anak sehingga mereka terlupa cara itu merosakkan anak mereka.

Posted on 12 July '12 by , under Isu Semasa.


 Banner

45 Comments to “Didikan Ibu Bapa Masa Kini”

12.07.12 at 12:16
Posted by puanbee

Yaaa .. sokong .. tapi anak2 zaman sekarang nak ajar pun tk sesuai guna cara lama ..

[Reply]

atiqa Reply:

ye ke cara lama tak leh pakai? nabi kita suruh tu cam ne pulak? cara lama tu….aduiii

[Reply]

lina Reply:

skunk bkn sal cara lama ke sekarang…. yg pnting ibu bapa thu nk didik anak dia cmne.. xkisah la dgn cara ape sklipun.. jnji ank 2 jdk insan yg brguna….

[Reply]

12.07.12 at 13:45
Posted by Myra Jay

Risau dengan anak2 zaman sekarang, harap anak kita mendapat didikan sempurna, aminnn ;)

p/s: Perfume Avon lelaki boleh tengok dalam katalog online tu kalau nak order, stok dekat MJ sekarang ada Wild Country dan Musk for Men (botol besar)

[Reply]

12.07.12 at 14:58
Posted by Didikan Ibu Bapa Masa Kini | profhariz.com.

[...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Didikan Ibu Bapa Masa Kini | profhariz.com. [...]

12.07.12 at 15:16
Posted by mak lagenda

Setuju hariz..sikap mak bapak la punca semua tindak tanduk anak. Jgn mudah percaya dgn anak dan didik dgn tegas agar anak2 kita jd manusia.

*mintak2 dijauhkan lah anak2 mak dgn sikap2 yg x elok begini*

[Reply]

hafizmd Reply:

moga kita diberi kekuatan dan rahmat Allah utk mendidik anak2 menjadi manusia yg soleh solehah…ameen

[Reply]

atiqa Reply:

kalau kita masukkan kedlm perut anak2 kita makanan yg halal insyaallah anak kita jadi baik.

[Reply]

12.07.12 at 16:04
Posted by boni kacak

sayangkan anak ditangan2kan.

zaman sekarang dah lain. zaman sekarang ni pepatah dah berubah kepada sayangkan anak dibelai2kan..

[Reply]

12.07.12 at 16:11
Posted by suri

bila byk kwn cam tu jadinya huhu… klu htr ank kt rumh pengasuh tgok tingkah anak kasar…bru tahu dia main2 dg anak epngasuh sama kwn2 di sana.tu mudh terpengaruh

[Reply]

12.07.12 at 16:52
Posted by suri

haragi apa ada .. klu org tka der anak tu mmg pula nak kan ank2 sagt huhu..

[Reply]

12.07.12 at 17:23
Posted by mommyNana

Sungguh benar bagai di tulis. Akak sbg ibu dan juga penjaga anak-anak, memang tidak akan memanjakan langsung anak-anak. Let me story a bit. Anak-anak ni bak kain putih, kalau kita asuh dgn betul maka eloklah kain itu dicorakkan. Ibu bapa banyak memanjakan anak-anak. Serius. Contoh shj ye. Takde kaitan antara idup dan mati. Keliling akak sendiri. Well, u can buy and give them to use it. e.g tab or ipad. Benda-benda tu bagus ke sebenarnya? Mungkin ada yang kata oh utk anak takpe, kt pantau la (sempat ke). Kita beli utk anak bagi mereka diam. Beli sbb teringin, orang sane ada kt pun nak beli jugak. Adus. Lama kelamaan barang2 macam ni jadi suapan utk minda anak-anak. Budak kecil dah di sogok dgn teknologi yang kemana2 sahaja mak dan pak dia bawakkan. Entah. Akak mmg tak akan belikan anak2 mende2 ni. Sorry but baiklah mak pak budak, simpan ribu2 beli mende2 tu utk keperluan sekolah atau pengajian anak. Maaf la kalau ade terasa. Baik ingat sebelum kena terajang macam story kat atas tu. Tak dpt bagi ape anak nak, kene sebijik. hmm…. tepuk dada tanya selera…

[Reply]

hafizmd Reply:

setuju. mmg agak hairan dgn ibubapa yg sanggup belikan anak2 benda2 macam ipad, iphone dan gadjet2 yg tak perlu utk anak2…

kalau setakat tumpang main sesekali dgn kwalan yg betult terkwal…itu ok =)

terbaik mommy nana!

[Reply]

12.07.12 at 17:45
Posted by farahaznil

susah nak cakap….kadang2 mak ayah sayang anak…tapi anak pun tak sedor diri..haihhhh

[Reply]

cik tom Reply:

yup betul tue…

[Reply]

12.07.12 at 20:14
Posted by Jebeng Otai™

saya setuju menggunakan sedikit kekerasan asalkan tidak mencederakan anak2..syg anak tangan2 kan.. :)

[Reply]

12.07.12 at 20:33
Posted by titan

budak-budak sekarang..memang gila.

[Reply]

12.07.12 at 20:58
Posted by Denaihati

peribahasa melayu masih boleh pakai lagi rasanya, sayang isteri tinggal2kan, sayangkan anak tangan2kan.

[Reply]

12.07.12 at 23:39
Posted by onlajer

zaman dulu kalau kena bantai dgn guru balik rumah tak berani ngadu takut kena second time. tapi apa pun banyakan berdoa untuk anak2 kerna doa ibubapa mudah makbulnya, insyaAllah

[Reply]

13.07.12 at 01:22
Posted by tehr

sebab anak2 jadi kurang ajar memang banyak
berbagai-bagai punca

[Reply]

13.07.12 at 01:49
Posted by puteri kasih

ibu bapa kena tegas ngan anak-anak tapi dalam masa yang sama jadi sahabat baik anak..agar anak rasa selesa bila bersama ibu bapa

[Reply]

13.07.12 at 09:21
Posted by wandisini

anak sekarang dah makin terdedah dengan macam-macam budaya luar. cara didikan kena berbeza. tak leh ikut cara macam dulu. kalau dulu pun jiran-jiran akan kenal dengan anak orang lain. sekarang jiran-jiran pun tak kenal anak jiran lain. so anak-anak pun boleh la bebas buat jahat..
ntah la..
hope anak aku sok besar jadi seorang anak yang baik

[Reply]

13.07.12 at 09:28
Posted by KiD

memenag didikan ibubapa sangat penting.. bermula dari kecil lagi..

[Reply]

13.07.12 at 10:14
Posted by MDHAFiZ.NET

sayu hati mendengar perkara seperti ini. .. ya allah. . jd kan lh aku anak yg soleh, yg mampu berbakti kpd ke-2 org tuanya sebelum mereka pergi meninggalkan aku tuk selamanya.. .

[Reply]

13.07.12 at 10:19
Posted by sop

Zaman berubah, pengaruh berubah, cara berubah
tp satu yang tidak berubah, agama
jika semua kekal dengan ajaran, pasti akan selamat dunia dan akhirat

[Reply]

13.07.12 at 10:22
Posted by daddydee

susah nak cakap…mungkin sekarang terlalu banyak teknologi yang mudah mempengaruhi anak-anak kearah suatu yang tidak baik…

[Reply]

13.07.12 at 11:57
Posted by Lizz

ada orang cakap, salah didikan ibu ayah dari kecik pun yek. tapi, silap tak jaga sumber makanan anak2 pun yer. halal haram x jaga. huhuhuhu

[Reply]

13.07.12 at 14:49
Posted by Mak Dara

mmg susah untuk mendidik anak2.. baru lah kita tahu bertapa besarnya jasa ibu bapa kita membesar dan mendidik kita kann

[Reply]

13.07.12 at 15:07
Posted by Blog Asyraf

Kenalah bijak mendidik anak-2..jangan terlalu manjakan anak2,nanti pijak kepala.. huhu

[Reply]

13.07.12 at 16:33
Posted by zool

entah.. memang kurang ajar budak2 zaman kini..
mungkin byk tengok tv tu

[Reply]

13.07.12 at 19:13
Posted by Nurul

Didikan ibu bapa zaman skrang dengan zaman dulu berbeza kan…

[Reply]

14.07.12 at 00:37
Posted by LilyNrman

Sebagai remaja yang belum berkahwin dan punyai fikiran waras dan mempunyai rakan remaja yang sedikit ‘nakal’, saya merasakan ibu bapa MESTI BERI perhatian dan fokus lebih bila anak2 remaja berada dalam alam remaja.

Semua pernah lalui alam ini kan? Ini adalah fasa pemberontakan dan rata2nya mahukan kebebasan.

Pada fasa ini, banyak ibu bapa masih bertugas sebagai ibu bapa. BUKAN RAKAN untuk anak mereka. Jadi, golongan ini sukar nak meluahkan masalah kerana ibu bapa yang tiada masa, dan sentiasa bersikap dan mendidik ala-ala tentera.

Ini pendapat saya. Saya cuma rasa semuanya terjadi akibat didikan ibu bapa itu sndiri. Peranan ibu bapa perlu UBAH 100% bila anak meningkat remaja iaitu cuba menjadi KAWAN namun masih boleh mengawal status IBU BAPA.

[Reply]

14.07.12 at 19:05
Posted by samdaddycool

Perkara pertama ialah makanan ataui sumber rezeki yang kita suap kepada abnak-anak. Pastikan keberkatan, halal dan toiyibah.

kedua, pendidikan anak-anak bermula dari rumah.. Didik mereka mengikut landasan agam Islam.

ketiga, Doa senjata utama kita. Doa seorang ibu untuk anak-anaknya sangat cepat dan senang dimakbulkan. hatta dengan selalu memaki anak seperti, bodoh! degil betul kau ni!… akan dimakbulkan Allah swt. Para ibu, ‘mind your languange’..

[Reply]

15.07.12 at 17:22
Posted by cik tom

ibu bapa skang terlalu syg anak smpi tersilap cr didikan anak..

[Reply]

15.07.12 at 19:12
Posted by nuriz

zaman sekarang berbeza dgn zaman dulu, cara pendidikan pun berbeza, pengaruh komputer, internet , dunia tanpa sempadan, dan ibu bapa yang sibuk bekerjaya, anak diberi pada pengasuh, berapa jam saja ibu bapa di rumah kalau yg kerja 8 – 5 ptg..banyak juga lah lg faktor kenapa anak sekarang tak macam anak dulu..cabaran sgt besar

[Reply]

15.07.12 at 22:31
Posted by nurmisnan

Jangan terlalu mengikut kehendak telunjuk mereka biarpun anak seorang sahaja.. Silap didikan maka besar juga risikonya.

Makin menjadi2 anak2 muda skrg.. biadap hingga sanggup menyepak kepala bapanya..

[Reply]

16.07.12 at 00:41
Posted by papa mifz

dalam mendidik anak2 nih perlu tegas dalam masa yg sama luangkan masa utk mendengar masalah anak2…kebanyakan ibu bapa skrg mungkin terlalu sibuk dgn kerja sehingga abaikan anak2 sendiri…

[Reply]

16.07.12 at 14:34
Posted by azman

Didik anak zaman sekarang mencabar akal dan minda,silap2 kena tendang kat kepala macam dalam paper tu.

[Reply]

atiqa Reply:

2. masalah utama kenapa budak2 sekarang kurang ajar dari segenap segi………1.sumber pendapatan – inilah masalah utama umat islam akhir zaman. 2. didikan agama – terlalu pentingkan pendidikan dunia. pendidikan agama letak no2.

[Reply]

16.07.12 at 16:42
Posted by chii

nak ajar anak2 tak boleh gunakan kekerasan..chii suka dengan cara wardina & azhar sulaiman didik anak2 mereka..mereka gunakan psycology…sebab anak2 skrg ni da terdedah dgn dnia luar. x boleh nak berkeras sgt..nnt takut lari plak..

kena didik anak sesuai dgn zaman nya..nak salahkan ibu bapa 100% pun sgt x adil kan…

[Reply]

16.07.12 at 16:43
Posted by atiqa

mendidik anak tidak mengikut nabi suruh….nak buat cam mana makbapak pun tak kenal nabi…huhu aduiii…..apa nak kata dunia akhir zaman….

[Reply]

16.07.12 at 22:18
Posted by eddie

nampak kasar tapi halus…didikan mak ayah kita dulu lain…budak2 sekarang ni semakin manja…kena tegur sikit dah nak melenting…

[Reply]

17.07.12 at 17:26
Posted by irsah

pernah memberi komen kat blog chii isu yang sama sewaktu dulu.. didikan kita gunakan sama seperti maka ayah kita laksanakan dulu, tetapi pendekatan perlaksanaan dan teknik haruslah berlainan mengikut keadaan semasa. semuanya bermula dari rumah… thnks share PH

[Reply]

21.07.12 at 15:16
Posted by Hariz

Alhamdulillah. Semua terbaik :)

[Reply]

26.09.12 at 20:33
Posted by Terbaik

Mendidik anak, suatu keunikan tersendiri, karena bisa jadi ada perbedaan di masing masing keluarga, dan terlebih tergantung kondisi akhlaq lingukungan sekitar rumah, karena terkadang, bagi ibu dan bapak telah berusaha semaksimal mungkin mendidik anak

[Reply]








Hariz