Cuti-Cuti Cinta | profhariz.com

Cuti-Cuti Cinta

Ohh.. Cuti-cuti cinta bakal menjelma di seluruh pawagam malaysia pada 21 Oktober 2010(Khamis).. Cuti-cuti cinta ini arahan Ahmad Idham yang
juga terbitan Metrowealth (MIG) mempertengahkan hero malaya Farid Kamil Sebagai Omar Rudy (Hero) dan Nora Danish sebagai Eeva Eliana (Heroin)

grey Cuti Cuti Cinta

Selain Farid Kamil dan Nora Danish pelakon lain yang turut sama menjayakan Cuti-Cuti Cinta adalah ahli The Fabulous Cats iaitu Cat Farish, Adeep Wangi dan Zizie, Zed Zaidi, Kaza, Zaibo, Azizah Mahzan dan ramai lagi.


Cuti-Cuti Cinta mengisahkan Eeva Elyana (Nora Danish) anak tunggal Tan Sri Zaini (Zaibo) yang kecewa dipermainkan tunangnya, (Remy) Zed Zaidi. Tersepit dengan masalah yang dihadapi, Eeva mengambil keputusan melarikan diri tanpa arah tujuan. Kekecewaanya itu membawa Eeva ke pusat peranginan di Morib.

Sikap Eeva yang gemar mendatangkan masalah kepada pekerja di hotel tersebut telah menemukannya dengan Omar Rudy (Farid Kamil). Sikap Omar yang melayani karenah Eeva tidak disenangi rakan sekerja yang lain seperti Maliq (Adeep TFC), Kris Dayana (Wangi TFC) dan Fausrina (Zizie TFC). Sikap jeliknya telah menyebabkan mereka terperangkap di sebuah pulau. Nak tahu apa kesudahannya? Saksikan kesudahan filem ini pada 21 Oktober ini di seluruh pawagam.

ProfHariz : Mak kau lahirkan kau kat reban ayam ke? Itu apa tuh? Nasi Lemak 50 sen..

Posted on 20 October '10 by , under Hiburan.


 Banner

6 Comments to “Cuti-Cuti Cinta”

19.10.10 at 04:50
Posted by imanshah

macam2 ada citer pasal cinta ni. FILEM JUAL BELI CINTA je belum ada!!

[Reply]

19.10.10 at 08:04
Posted by azzey

kena tgk nih!

[Reply]

19.10.10 at 09:42
Posted by suffer8zine

dtg baca sinopsis

[Reply]

20.10.10 at 09:03
Posted by Affan

citer baru. huhu. tapi harap menarik, taknak lah sama je plot ngn citer melayu lain. huhu

[Reply]

20.10.10 at 15:39
Posted by darkbatman

tgk pd preview cam best lg2 ade nora danishh.. x sbr nk tgkkk

[Reply]

20.10.10 at 18:25
Posted by suffer8zine

wah bro blog dah ok nmpk, kenapa ngn blog ni smlm?

Terkini : BlackBerry terbaru ke??

[Reply]








Hariz