Berpoligami : Cinta Atau Sex | profhariz.com

Berpoligami : Cinta Atau Sex

ENTRI INI DITERBITKAN PADA 30 NOVEMBER 2010 dan DIEDIT SEMULA UNTUK PERBINCANGAN LEBIH LANJUT.

Banyak entri tentang poligami yang saya baca di Blog Kak Siti. Antara entri terbarunya ramalan ku benar belaka. Suka saya katakan saya tidak bersetuju jika Lelaki pada zaman sekarang berpoligami dan Lelaki berpoligami selalunya adalah untuk sex semata-mata bukan atas dasar mahupun membela wanita.

Poligami? Bila disebut berpoligami pasti kaum adam suka.. Malah ada pula kaum hawa yang tidak setuju. Kaum adam yang ingin berkahwin lebih dari satu menyatakan “Poligami ikut sunnah“. Tapi sebelum itu.. Tahukah anda makna perkahwinan yang sebenar? Tujuan anda berkahwin? Dulu katanya.. Aku berkahwin sebab aku cinta akan si dia… Cinta aku mati pada si dia tidak pada orang lain.. Mengapa masih wujud Berpoligami ? Cinta Atau Sex Abang ?

grey Berpoligami : Cinta Atau SexSumber Gambar : Ghazyan.wordpress.com/

Poligami mengikut sunnah ? Tahukah Poligami Rasulullah bagaimana ? Rasulullah Berpoligami bukan kerna ayat-ayat cinta mahupun sex.. Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun. Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun. Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.

Wahai Kaum Adam, Anda mahu berpoligami? CERMIN DIRI.. Bermonogomi baru 5 tahun, Anak masih kecil ! kerja tidak menentu !.. Nafkah bini tidak diberi. Anak terbiar mahu berpoligami? Apakah anda berkahwin lagi kerana cinta anda tidak pada isteri anda? Adakah kerana anda tidak puas bersama isteri anda? Marilah abang, Sex itu hanya sementara! Dimana janji cinta di awal perkahwinan?

Allah Ta’la telah berfirman dalam Surah An Nisa’: ayat 3 yang bermaksud:

” Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”

Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.

Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:

  • Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
  • Adil di antara para isteri.
  • Adil memberikan nafkah.
  • Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
  • Adil dalam giliran.

Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-

  • Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
  • Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
  • Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
  • Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

Masih adakah lelaki yang berlaku adil dalam marcaparda ini? Secara mutlaknya.. Saya tidak bersetuju Lelaki yang berpoligami.. Diri sendiri terumbang ambing masih mahu nak bernikah lebih dari satu.. Perkejaan entah kemana.. Lagi satu.. Kepada si kaum hawa.. Sudah tahu yang si suami itu sudah berkahwin masih mahu kahwin? Adakah kerana cinta atau sex? Marilah, Kaum Hawa.. Jangan makan janji manis Sang lelaki yang bertopengkan syaitan.. Mereka berpoligami atas cinta? Wujudkah cinta bila anak sudah 2 3? Apakah berpoligami pada zaman sekarang atas dasar cinta atau sex?

ProfHariz : Berpoligami? Takpe dah jodoh nak buat macam mana? Come on la beb! Jodoh? Jodoh kerana nafsu ke?

Posted on 5 June '12 by , under Islam, Isu Semasa.


 Banner

84 Comments to “Berpoligami : Cinta Atau Sex”

28.11.10 at 10:01
Posted by atan ahmad

Kebanyakan lelaki poligami kerana nafsu. Pantang tgk anak dara. Salah konsep poligami lelaki skang.. :)

[Reply]

Hariz Reply:

Bukan saja anak dara.. Ibu janda juga menjadi sasaran mereka..

[Reply]

rashid Reply:

Ada gak yang jenis macam tu..hehe..bak kata sin chan dalam buku ke-50, takpe2, laki semuanya miang..hah

[Reply]

hafizmd Reply:

siap quote buku ke 50 tuh…keh3…

Izzuddin Fauzi Reply:

Memang da khatam nie smpai tahu tu… Hehehehe :)

iza Reply:

Betul3x…
Janda byk pengalaman dari anak dara..

[Reply]

hafizmd Reply:

Ibu janda ngalahkan anak dara…. :D

[Reply]

28.11.10 at 10:09
Posted by dark half

akhir zaman ni byk yg berpoligami atas dasar seks..nak2 pula perempuan lebih ramai dr lelaki.itu yg rambang mata tuu..

[Reply]

Hariz Reply:

Sepatutnya mereka tidak boleh salah gunakan pemberian tuhan kepada mereka.. Anugerah buat Lelaki!

[Reply]

hafizmd Reply:

tp kalau ikut data, lebih kurang sama jer populasinya…tp ramai kaum adam yg suka ‘lepak’ kt pusat serenti dsb…huhuhu

[Reply]

[...] This post was mentioned on Twitter by Merpati Putih, Ridhauddin Hariz. Ridhauddin Hariz said: New Update : Berpoligami : Cinta Atau Sex? @ http://profhariz.com/berpoligami-cinta-atau-sex/ [...]

28.11.10 at 11:41
Posted by suffer8zine

nice enti bro!

[Reply]

28.11.10 at 11:44
Posted by H.P.B Blog

poligami nih bagi orang yg mampu atau ada alasan yang sesuai
boleh bukan tak boleh
tapi bukan semua yang berkemampuan

[Reply]

Hariz Reply:

Kan saya sudah senaraikan Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab.. Yang penting adil.. Masih wujudkah lelaki adil? Memang ada.. Tapi jumlahnya sangat kecil

[Reply]

H.P.B Blog Reply:

memang la ko senaraikan
aku cuma bagitahu pandangan aku
lelaki sekarang bila nak berkahwin lebih dari 1 pandai akta itu sunnah nabi
tapi solat, puasa, zakat?
semuanya entah kemana
dekat kahwin jer amalkan
baik xpayah

[Reply]

suri Reply:

salam..

ada yg elok tu mmg akan ikut cara2 betul ibadah smeua jaga..ada pula yg sebaliknya ,,tu yg bt hati pasagan isteri2 hangis semacam hiii

28.11.10 at 12:54
Posted by syahrilhafiz

ini terpulang pada nasib..
kalau isteri dah setuju ok je, tapi sekurangnya setia pada yang satu la..sex atau cinta..kawen kali kedua, dua2 mau..kikiki

[Reply]

Hariz Reply:

Isteri sudah setuju? Bagaimana dengan isteri yang tidak setuju? Jika isteri setuju mampukah si lelaki adil?

[Reply]

syahrilhafiz Reply:

tak setuju cari idea lain..haha!
laki2 ni kan kenal dgn bermadah kata..
lain disauk lain yg dapat ;)

[Reply]

hafizmd Reply:

kalau ikut fitrah kejadian lelaki…aku rasa lelaki mampu utk adil tp mestilah lelaki itu mereka yg benar2 kuat agamanya…setuju?

[Reply]

28.11.10 at 13:05
Posted by mie

nampak kebanyakkan lebih kepada nafsu…
hohhoooo

[Reply]

28.11.10 at 14:10
Posted by ah mat gebu

salam prof, nanti ambik award di DTS, utk blog anda ni, kasi meriah okey..terima kasih.

[Reply]

Hariz Reply:

Salam abam mat >.< Thanks You Very Much Okey.. I Like :)

[Reply]

28.11.10 at 16:20
Posted by Anip

ramai lelaki suke berpoligami..aku xsanggup..nnt takut tak adil pulak..

[Reply]

Hariz Reply:

Alhamdullilah :) Jika itu yang kamu yakin.. Cukuplah hanya sekadar satu

[Reply]

28.11.10 at 17:55
Posted by Wan Gerrard

Hmm banyak nafsu kot, boleh berbincang dulu ngan isteri pertama ^_^

[Reply]

28.11.10 at 21:19
Posted by nursarah puteri biru

dulu masa aku form5, ada adik dorm aku yang ayahnya amalkan poligami yang cukup aku kagumi. ayah dia ada 34 orang anak hasil dari 3 isteri, ayah dia ada company bisnes sendiri dan memang mampu berlaku adil pada isteri2 dan anak2 yang ramai. adik dorm aku punya kakak tiri kebanyakkan profesion bukan calang-calang. dokter pakar mata, lecturer. aku kira ayah dia mmg lelaki yang berjaya dalam poligami. bukan cam kebanyakan lelaki yang main taram je kawen lebih 1 padahal tak mampu.

[Reply]

Hariz Reply:

Wow.. Sangat kagum :) Boleh dengar story kawan ayah kamu itu kemudian buat satu entri :)

[Reply]

hafizmd Reply:

satu cntoh yg baik.

rasanya mmg ramai lelaki yg berpoligami dan berjaya, cuma cerita mereka jarang dikeber….

[Reply]

28.11.10 at 22:48
Posted by fitri

oh. kalau saya saya kata sebab gatal dan jodoh sahaja.

[Reply]

28.11.10 at 23:39
Posted by intan

Dari apa yg saya lihat dan baca, suami berpoligami memang susah nak berlaku adil secara zahir apatah lagi adil membahagi perasaan..memang mustahil la. Yang tidak adil inilah yg banyak buat wanita dan anak2 menderita. Malangnya perempuan juga yang membuat perempuan lain menderita..yang seronok lelaki jugak.

[Reply]

Hariz Reply:

Itulah sikap manusia pentingkan diri sendiri.. Wallahualam bissawab

[Reply]

29.11.10 at 00:59
Posted by misz myza

betul2… xyah poligami kalau x mampu… nak jaga sorang bini pun susah ape tah lagi nak bini 2…

[Reply]

29.11.10 at 01:11
Posted by luna

setuju2!! jangan samekan lelaki sekarang dengan masa zaman Rasulullah dulu…just admit it, kebanyakan lelaki sekarang berpoligami sebab nafsu, sy pernah berdebat dgn sorang laki yg berpoligami dan dia sgt ego, dia letakkan hujah2 yg sgt memualkan.

ada satu ayat dia kata “kenapa isteri nak sakit hati sedangkan suami tak buat salah?”

sah dia mmg xde perasaan!

hehe..sorry teremo jap..

p/s : cinta cuma satu, xde 2, xde 3, xde 4!

[Reply]

29.11.10 at 04:23
Posted by zik

boleh aje.. tapi pastikan ilmu tuh dah cukup dan juga mampu… kalau tak mampu..nanti tak adil dibuatnya…

[Reply]

29.11.10 at 12:00
Posted by cik shabah

keh keh keh.cik shabah tak tahu nak letak komen apa untuk entri poligami ni ;p

p/s : tapi cik shabah tak bole terima kot poligami ni ;)

[Reply]

29.11.10 at 13:06
Posted by cikmoon

hmm..bagus kongsi info psl poligami.. sgt setuju kata adik bila adik kata xsetuju dgn lelaki yg berpoligami.. kalau hidup sndiri pun terumbang ambing…bagaimana nak tanggung isteri2 dan anak2..

[Reply]

29.11.10 at 13:13
Posted by mummy nana

topik ni agak kontroversi. nk poligami ni mcm2 kene lihat. amalan agama.. nk guide famili yg 2/3/4 buah tu.. duit perlu cukup.. makan pakai semua pihak.. jika bantu membantu kire bagus la pakatnye.. yg tak bagus kalau kita tak pakat bebaik dan lupe yang sane lupa, lupa lak yang sini. kalau betul3x mampu baru lah pikir poligami. kalau tidak, usah le cari pasal.

[Reply]

29.11.10 at 13:23
Posted by Affan

poligami ni syarat die berat.
perasan tak, kadang2 org tak kuat agama ni poliagami, pandai pulak guna alasan agama. Bila maksiat, tak pandai pulak guna alasan agama.

Rasulullah hanya berpoligami selepas Siti Khadijah meninggal dunia. Kang nanti ada pulak isteri yang bg alasan taknak poligami sbb Nabi tak poligamikan isteri pertama. hehe

[Reply]

rashid Reply:

tu la, laki2 kena tanya isteri sebelum kahwin…kalau isteri setuju mungkin boleh cari isteri kedua dimasa isteri hidup, kalau tak kasi masa hidup, mungkin boleh cari lepas meninggal..kan?

[Reply]

29.11.10 at 13:54
Posted by rashid

Ok, aku pernah berborak r dengan orang yang dah berjaya berpoligami ni, bukan berjaya mintak izin isteri jek, berjaya satukan isteri-isteri mereka dari bergaduh ker, siap tag team lagi kalau si suami buat hal..haha..memang ada yang faham poligami ni, dan yang tak faham tu bukan je laki-laki, wanita pun ada yang tak faham, kalau rasa nak buat zuriat banyak2, mungkin poligami jalanya, kalau setakat seks, ianya tak berpanjangan kan?..kalau aku nak berpoligami pun, aku tengok dulu isteri aku macam ne, no play three wood(main kayu tiga)…anyway, nice post…nak buat satu gak lah macam ni…hehe

[Reply]

29.11.10 at 14:06
Posted by mijie

boleh je nak berpoligimi asalkam faham dan jelas maksudnya…

dan boleh berlaku adil, orang kita sekarang terlalu ditakutkan dengan isu poligami itu yang banyak nampak negatif daripada positif

[Reply]

29.11.10 at 14:27
Posted by tia

bg tia zaman skang neh orang berpoligami sbb nafsu.
hmmmm…

[Reply]

29.11.10 at 16:22
Posted by hidayah

dah 6thn bermadu.alhamdulillah.

[Reply]

hafizmd Reply:

alhamdulillah….moga terus bahagia :D

[Reply]

29.11.10 at 16:50
Posted by hafizmd

1 itu lebih bagus jika tidak mampu berlaku adil…

Terima kasih bro atas entri ni…jadi..selamat berfikir dan beramal…:D

[Reply]

29.11.10 at 17:10
Posted by alinac

waaa..bgus la entri ni

yong pon x brani nak sebut pasal ni

hehhee

[Reply]

29.11.10 at 19:19
Posted by Lord Zara

Percaya yang poligami is not about sex.
Nope.
It’s more to responsibility.
Macam juga perkahwinan, if untuk sex semata2, it won’t work at all~

[Reply]

29.11.10 at 20:18
Posted by has

wahh..bravo bro wat entri pasal ni.. bagi me, kalau si suami tu berke’mampu’an untuk berpoligami dan isterinya redha, maka apa salahnya..

tapi skang ni dah susah bnor nak cari suami yang ‘mampu’..

p/s : me tak rela bermadu..wahahaha

[Reply]

29.11.10 at 23:05
Posted by tehr

tak salah poligami, islam pun dah benarkan
cuma, seperti kata bro, dapatkah berlaku adil?
seperti kata orang tua2, ‘tak ada beban batu digalas’

[Reply]

30.11.10 at 10:09
Posted by Ali ridha

Asal nak kahwin lain.kata ikut Sunnah.

[Reply]

30.11.10 at 18:51
Posted by elmog

ini berlaku dekat ayah aku yang berpoligami tanpa berfikir secara matang, bahawa dia tidak mampu sebenarnya nak menanggung 5 orang remaja dan 3 orang kanak kanak. kalau perempuan yang dinikah tu baik, beragama dan lebih baik dari mak aku, mungkin aku sebagai anak boleh pertimbang keinginan dia untuk berpoligami.

tapi kalau perangai macam setan, mempengaruh ayah aku untuk menerimanya, dan atas kesalahan yang pernah mereka lakukan sebelum ini membuatkan satu famili porak peranda.

bukan untuk perempuan je harus jaga diri, lelaki juga. tinggi mana pun agama dipelajari kalau tak dipraktikkan hancur iman disamping perempuan yang menggoda.

[Reply]

03.12.10 at 11:17
Posted by iza

Salam…

Lelaki gatal….perempuan pulak galak. Kalau sorang saja tak jadi. Nak bertepuk kena 2 belah tangan.
Lelaki skrg ni pantang tgk perempuan cantik, body cantik, mula la nak ngorat. Pompuan plak, tak kira,bujang atau laki org pun dia nak kalau ada kereta besar, handsome, ada kerjaya bagus, janji hidup dia terjamin.
Tentang perasaan isteri ditolak ke tepi…

[Reply]

04.12.10 at 10:57
Posted by Ladfe Amir

bukan semua lelaki layak berpoligami. sbb tu tak ramai yg melakukannya walaupun di hati mmg berniat begitu.

tapi setiap cabaran yang datang, pasti ada ganjarannya daripada Allah sbb poligami adalah sesuatu yg mulia. Tak kira yang terlibat itu si suami, isteri pertama dan isteri seterusnya. semuanya akan dapat kemuliaan oleh Allah jika ianya diamalkan dengan cara yang betul.

[Reply]

04.12.10 at 12:13
Posted by ReD

ni 1 lagi, dh la ada hati nak poligami, anak n bini plak terbiar! (teringat n3 lelaki dayus)

eeeeiii…x suka share suami. x suka!x suka! x suka! hoho

p/s: kalau pmpn leh poligami, mmg i balas balik! haha:P

[Reply]

04.01.11 at 00:43
Posted by zaf

tq ats entry ko yg hot ni…caya la bro!!

[Reply]

03.03.11 at 02:58
Posted by Insankerdil

Setuju dengan entri ni… Kalau kita cuma melihat dari aspek keadilan. Tapi islam melihat poligami ni bukan dari satu sudut je. Umat akhir zaman wanitanya lebih ramai dari lelaki. Poligami turut membantu menyelesaikan masalah ketidakseimbangan gender. Skop penyelesaian masalah dalam islam sangat luas. Usahlah kita membuat penilaian yg umum kepada semua orang. Ada org lain yg memang layak berpoligami. Namun begitu yang menilai siapa yang layak tu adalah HAK ALLAH. Adil atau tidak adil ALLAH SWT lah yang akan menilai. Kalau semua orang tidak memberi ruang untuk poligami banyak lagi masalah yang akan timbul di kemudian hati. Kita ambik satu isu untuk kita nilaikan rasional perlua adanya poligami. Apa akan jadi kepada andartu di zaman lelaki kurang dari perempuan? Jgnlah kita menuntut semua andartu ini menjadi rabiatul adawiyah. Mereka ini pun ada keinginan untuk berumahtangga dan menyalurkan keinginan mereka dengan cara yg dibenarkan. Memang ada insan di luar sana yang faham dengan peranan poligami.

[Reply]

07.01.12 at 01:09
Posted by princess

what is the different between “pasrah” and “redha”??

[Reply]

05.06.12 at 14:08
Posted by annisa

bagus artikal ni… semoga dpt memperjelaskan lg hukum poligami pd suami2 yg nak berpoligami..

terimakasih admin kerana share info yg bagus tentang poligami..

[Reply]

05.06.12 at 15:46
Posted by sweetkurma

reserved

[Reply]

05.06.12 at 19:11
Posted by hatiputera

berpoligami itu senang tapi nak berlaku adil itu yang susah.

[Reply]

05.06.12 at 20:32
Posted by Jebeng Otai™

bkn senang nk berlaku adil..huhu

[Reply]

06.06.12 at 11:11
Posted by chii

alasan yg sering di ungkapkan ” sunnah nabi “. ehehe..part nak lebih dari satu je ikut sunnah..tp dari segi tanggungjawab/? keadilan? di dunia mungkin terselamat..kat sana nnt..sila berjawab sekirnya ada insan yg teraniaya :)

[Reply]

06.06.12 at 12:13
Posted by Izzuddin Fauzi

Bagi aku tak semua mereka yang berpoligami gatal… Sebenarnya ada yang cuba mereka yg susah dalam masa yang sama mengelakkan dari fitnah…

Namun, aku tak pernah nafikan – poligami disalah guna…

[Reply]

06.06.12 at 15:30
Posted by puanbee

tak suka poligami huhu , harap tak di takdirkan lah untuk saya ..

[Reply]

06.06.12 at 16:33
Posted by sha

semua isteri tak mahu berpoligami……..

[Reply]

06.06.12 at 20:46
Posted by papa mifz

insyallah papa mifz tak akan berpoligami…cukup la isteri yang satu nih…bahagia sudah..alhamdulillah…

[Reply]

06.06.12 at 23:48
Posted by cik tom

kalau bab kawin laju je sunnah..sunnah nabi yang lain xde pulak nak ikutnye..hehee

[Reply]

suri Reply:

tu pasal mjdi soalnya heee

[Reply]

07.06.12 at 13:33
Posted by titan

insya-Allah, aku akan berusaha berlaku adil.

[Reply]

suri Reply:

ye..yel ho jer titan tu sorang pun lom dpt cekup lagi bt pasagan ni geli telinga hok degar ni hee..

pstt gurau jer :P

[Reply]

titan Reply:

eleh. dengki la tu..

[Reply]

07.06.12 at 22:29
Posted by MDHAFiZ.NET

org sekarang semua nak ikut sunnah.. .
lebih2 lagi klu bab nikah.. .
bab solat, puasa ngaji x pulak nak ikut sunnah… .
peringatan utk diri sendiri dan siapa yg mengaku umat nabi SAW… :

[Reply]

09.06.12 at 03:20
Posted by loadtips

menarik!
perlu disebarkan ni bagi semua lelaki dan perempuan tahu.
hehe =)

[Reply]

09.06.12 at 12:34
Posted by nizamghazi

Pernah juga terfikir untuk berpoligami :)
Tapi penjelasan di atas buat kepala ini berfikir semula.

[Reply]

10.06.12 at 12:13
Posted by nurmisnan

Zaman sekarang utk memiliki yg benar2 lelaki amat sukar
+ sedikit jumlahnya.. Tetapi jumlah jantan memang ramai..

[Reply]

Denaihati Reply:

adeh, boleh terasa juga ni, mudahan x termasuk golongan macam tu…heee

[Reply]

hafiz Reply:

setuju..lelaki yang tak “lelaki” ramai sekarang ni

[Reply]

15.06.12 at 13:13
Posted by azman

Salam!

Memang benar ramai lelaki yg kata ikut sunnah,tapi tahukan kita sekarang ni wanita lebih ramai dari lelaki? kalau nisbah di K.L ( dulu pernah terbaca tapi lupa sumber mana) 1= 11,bermakna 1 lelaki di k.l ni bersamaan dgn 11 wanita.Dari situ kita boleh nampak perbezaan nya.

Pada saya siapa yg menolak poligami bulat2 adalah mereka yg tidak tahu dan menafikan hukum Allah.Allah dah lama benarkan lelaki kawin 4,atas sebab dulu dan sekarang.Kalau sekarang dimana wanita lebih byk dari lelaki,tapi siapa yg nak menolong mereka mndapatkan suami?kalau semua lelaki nak amalkan monogami?

Orang pmpn pun satu,cepat sgt tolak hukum poligami nih atas sebab tak nak kongsi.Suami bukan hak milik org pmpn sahaja,ia juga hak milik Allah.Kalau tolak macam mana sekali pun,kalau Allah dah takdirkan,kena terima juga.

*saya cakap berdasarkan pada lelaki yg mampu :) yg ikut nafsu tu mmg tak patut poligami.

[Reply]

15.06.12 at 15:36
Posted by annisa

hanya Allah yg maha tahu di atas hukum yg telah diturunkanNYA pd hambaNYA…

[Reply]

18.06.12 at 03:06
Posted by katrina

poligami ada kebaikan dan ada keburukkan terpulang klau mampu berlaku adil tetapi yang tak mampu tue satu masalah

[Reply]

27.06.12 at 14:03
Posted by akubiomed

Kalau cerita bab poligami memang best untuk dibincang sampai esok pun tak habis. :-)

[Reply]

18.07.12 at 11:53
Posted by hafiz

poligami?

setuju kalau lelaki tu mampu dari segi nafkah dan berlaku adil secara berterusan hingga ke akhir hayat. Sekarang ni banyak je lelaki yang adil tapi sekerat jalan.

[Reply]

26.10.12 at 04:48
Posted by fitry

poligami hanye untuk lelaki yg cukup ilmu didada, mampu berlaku adil, taat kepada perintah Allah, berkemampuan untuk memberikan nafkah untuk isteri-isterinya, tapi ak rase kumpulan lelaki yg mampu berlaku adil kecil sgt kumpulannya. ni ak nk sembang sikit la. kawan ak perempuan couple dengan sorg mamat ni. mamat ni belum habis blaja, perempuan ni pula dh abis blaja tapi masih menganggur. mamat ni kaki perempuan. belum kahwin lg dh mintak kebenaran poligami. ape punye perangai laki ni. yg perempuan plak ckp xkesah. x ke bang@&% nye tu. perempuan ni mandul ke ape. adoi. kalau ye pon nk bg laki poligami pikir2 la dlu masak2. laki tu bukan nye berkemampuan nk poligami. bile dier dpt isteri ke due yg lagi cantik yg lagi hebat mampu ke dier nk berlaku adil. ak xpaham btol la. ade gak perempuan yg dayus sampai cmtu skali. bengong ni namenye. belajar tinggi2 tp malas berpikir. emo sekejap..hahaha..lek2

[Reply]








Hariz