Belajar Menjadi Pemimpin Yang Baik dan Profesional

Alhamdulillah segala pujian tertentu hanya bagi Allah Azza Wa Jalla. Dalam usaha peningkatan kualiti hidup Allah memberi peluang kepada diri PH untuk memimpin Kelab Teknologi Komputer di ADTEC Melaka. Hampir seratus lebih pelajar yang berada di bawah kepimpinan PH. PH yakin semua ini datangnya dari Allah, pasti ada hikmah disebalik perlantikan tersebut walaupun pada mulanya PH menolak dengan sekeras-kerasnya. Tapi apa boleh buat, semuanya dikira berdasarkan undian.

pemimpin

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang pemimpin walaupun cuma organisasi yang kecil, tidak kira apa sahaja jawatan kamu, ketua perwakilan pelajar, ketua kadet, ketua pengawas sekolah atau ketua kelas sekalipun. Bagi PH, bila kita diberi sesuatu jawatan itu bermakna orang percayakan kita dan orang mahu kita lakukan sesuatu yang baru iaitu transformasi dari pelbagai perspektif.

Perkara Wajib Pemimpin Perlu Belajar

Seorang pemimpin perlu ada sifat kepimpinan. Kepimpinan disini ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir dan bertindak dengan cara-cara tertentu. Seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan.

Pemimpin juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan organisasi. Banyak yang PH membaca bagaimana untuk menjadi Pemimpin Yang Baik dan Profesional. Antara aspek yang penting untuk menjadi seorang pemimpian adalah dari segi mentaliti, moraliti dan kemasyarakatan. Apakah ia penting? Ya ! ia adalah sangat penting, mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan 3 Aspek Wajib Seorang Pemimpin.

Mentaliti

Keberanian atau kesungguhan dalam memimpin
Mempunyai inisiatif atau tindakan yang lain
Mempunyai kreativiti bagaimana untuk menggerakkan organisasi,

Moraliti

Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
Sikap positif dan terbuka.
Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.

Kemasyarakatan

Mempunyai disiplin diri yang tinggi.
Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.

InshaAllah jika kita ada sifat di atas dan ikhlaskan hati kerana Allah Taala pasti semuanya akan jadi baik-baik sahaja. Mungkin pembaca ada yang ingin berkongsi bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik dan profesional ? Silakan.

Comments

  1. says

    kadang pensil takut, tapi terpaksa buat tenang, padahal dalam hati dah berombak. kalau tak macam mna orang nak hormat apabila dapat ketua yang penakut??

    apa2 pun jadi ketua, kena buat orang hormat kita dulu. kalau tak susah nak jalan tugas.

    hehe

  2. says

    salam..
    hikmah dari kegagalan lepas ni Bro
    mungkin kita tak perasan..percayalah
    kenikmatannya akan lebih dari yang
    sepatutnya anda dapat tempohari..
    TAHNIAH dari saya, bukan mudah nak
    handle team seramai tu..semoga berjaya
    :)

  3. says

    boleh punya ! anyway tahniah ye Hariz. jgn sia siakan harapan yg telah diberikan kepada Hariz…. tapi jgn leka pula dgn xtvt gini sampai terlupa dengan study…ok

  4. says

    Tidak perlu menunggu kita menjadi seseorang dulu untuk belajar menjadi pemimpin nie… semua dimulai dari diri sendiri ya..
    nice share :)

Trackbacks

Komen Pembaca

Your email address will not be published. Required fields are marked *