Bangunlah Sahur Walaupun Seteguk Air | profhariz.com

Bangunlah Sahur Walaupun Seteguk Air

Buat Alarm Kejut SAHUR


Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam Hadis Nabi bermaksud:

“Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa
walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).


“Marilah menuju ke makanan yang berkah: Iaitu bersahur”. (Hadis Riwayat Ahmad 4/133. Ibnu Hibban 223. Nasaii 4/146. Sanadnya sahih)

Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda SAW :
Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” – Hadis riwayat al-Bukhari

Q: Apakah makanan yang sebaik-baiknya diambil ketika bersahur. Untuk menjawab pertanyaan ini saya bawakan sepotong hadith :

Jenis makanan sahur yang afdal/utama ialah buah kurma. Rasulullah bersabda:
Barangsiapa mahu berpuasa hendaklah bersahur dengan sesuatu”. (Hadis Riwayat Abi Syaibah 3/8. Ahmad. 3/367. Abu Ya’la 3/438. Al-Bazzar 1/465)


“Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma”. (Hadis Riwayat Abu Daud 2/303. Ibnu Hibban 223. Baihaqi 4/237. Sanadnya sahih)

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” – Hadis riwayat al-Bukhari .

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab).
Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :
“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”


PH : Inilah keindahan Islam sebagai Rahmat sekalian alam.

Posted on 11 August '10 by , under Uncategorized.


 Banner

13 Comments to “Bangunlah Sahur Walaupun Seteguk Air”

10.08.10 at 23:48
Posted by aku_gayahspears

Wah…bagus nyer,, terkesima :"> tambah2 tajuk u tu.. auchhh :"> i like :-j
camat berpose ya :)

[Reply]

10.08.10 at 23:50
Posted by saya_arief

sape bangon awal tolong kejot ye..
:D

[Reply]

10.08.10 at 23:52
Posted by Amir Izzat

salam,wah! hehe..Amir kena bangun pukul 4.00 pagi..fuh! awal giler..

[Reply]

10.08.10 at 23:55
Posted by diana

biase nye saye bangun jam
5..
masak nasik je..
lauk2 semua masak malam..
senang kalu buat gitu..
maklum le..besahur pun berdua je..
romantik sikit..
hehe

[Reply]

11.08.10 at 00:08
Posted by Afiq

uhh xsaba nak sahur…nice info prof..jgn skip sahur..nnt ade yg amek kesempatan xnk pose sbb xsahur..cehh :)

[Reply]

11.08.10 at 00:09
Posted by Yiedpozi

selamat berpuasa ye… :D

[Reply]

11.08.10 at 01:34
Posted by FIFIEY LYCHEE MARATION

selamat bersahur nnt:)

[Reply]

11.08.10 at 05:19
Posted by cik tqa

THANKS U..

sy pun org perantauan,
sekadar minum air kosong je.. :)

[Reply]

11.08.10 at 06:05
Posted by J.M.R

selamat berpuasa..dah sahur, seharusnya bertenaga…

[Reply]

11.08.10 at 07:41
Posted by ardinihumaira

selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan ramadhan yang penuh keberkatan. semoga segala amalan kita diredhai dan diberkati Allah, amin…

;)

[Reply]

11.08.10 at 11:25
Posted by e5

sahur pun dapat pahala…apa lagi nak…buat jerlah….hehe slamat berposa…

prof, header gambar tengah makan tu…kena tukaqla maklumlah bulan posa…kahhh

[Reply]

11.08.10 at 12:46
Posted by Ummi Hanie

betul tu…sahur itu satu sunnah walaupun mpk remeh

[Reply]

[...] Bangunlah Sahur Walaupun Seteguk Air [...]








Hariz