Apakah Suaminya Lelaki Dayus ?

Assalamualaikum

Dan Salam jumaat.. Harap anda semua sihat-sihat senantiasa..Sepatutnya pada hari ini saya bekerja untuk shif pagi tetapi oleh kerana rakan saya meminta tolong gantikan beliau kerana ingin pulang ke seremban ada kenduri kahwin, Maka saya pun tiada apa-apa aktiviti saya tukar dengannya kepada shif petang.. Begitu juga esok (sabtu) Shif petang Ahad Shif pagi..

Dayus

Apakah Suaminya Seorang Lelaki Bergelar Dayus ? Apakah anda tahu apa itu Dayus? Merujuk kamu dewan Dayus ialah hina dan keji (sifat atau perbuatan)Hanya lelaki dayus sahaja yang membenarkan isterinya mencari wanh dengan janlan tidak halal” Jom kita merungkai Apakah Suaminya Lelaki Dayus.

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : “IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) –  ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud

Lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Apakah Suaminya Lelaki Dayus?

Lelaki DayusIsteri yang sedang mengandung bersama anak kecil

DayusMenunggu untuk meminta sedekah berumpankan anak dan perut yang bunting

Mangsa DayusAnak kecil sudah menangis mungkin cuaca yang panas dan lapar

Situasi di atas berlaku di sebuah stesen minyak.. Seorang wanita yang sedang mengandung dan bersama anak kecil yang datang untuk meminta sedekah daripada orang yang mengisi minyak.. Wanita dan si anak ini datang bersama suaminya menaiki sebuah motor dan ditinggalkan disini.. Apa yang saya tahu si suami tersebut seorang penagih dadah dan masih muda, kuat, gagah untuk bekerja.. Mungkin dipengaruhi oleh sikap malas untuk bekerja.

Apakah Suaminya Lelaki Dayus? Menghantar Isteri untuk meminta sedekah sedangkan beliau memerhatikan isterinya dari jauh bersama anak lelakinya lingkungan umur 8 tahun.. Sedangkan si suaminya berumur 20an seorang penagih dadah.. Menurut sumber masyarakat kampung.

Comments

  1. says

    eeiiii! geram betul ngan lelaki DAYUS cmtu! muda tapi menagih dadah pastu buat anak bini cmtu..!

    yg pmpn tu pun 1!dh tahu laki tu cmtu, tinggalkan je la.sanggup pulak tu nak stay ngan lakinya cmtu?

    kalau aku la. mmg minta cerai.siap tuntut/buka fail cerai la heeh kalau suami cmtu! huh!

    *emo gila*

    sorry..hehe

  2. says

    Salam

    Semoga si suami diberi hidayah oleh Allah untuk menjalankan tanggungjawabnya dan semoga si isteri dan anak2 menjadi manusia yang tabah. Amin

  3. says

    Kejam sungguh si suami suruh si isteri dan anak minta sedekah di stesen minyak. Bahaya tinggal macam tu dah lah dapat keracunan gas free-free jer.

  4. says

    salam…

    Kesiannya siapa yg dapat laki mcm tu….mmg tak ada hati perut langsung….
    Skrg ni mmg ramai sgt2 lelaki Dayus, biarkan isteri dan anak2 perempuan (gadis) memperagakan fesyen dan tidak menutup aurat..
    Nauzubillah, minta dijauhkan…

  5. says

    teruknya lelaki dia
    tapi wanita itu pun satu
    kalau betul itu suaminnya
    mengapa biarkan dia diperlakukan macam tu?
    mereka ada hak untuk tuntut hak mereka
    sebab mungkin dia tak melawan dan lelaki tu ambil kesempatan dengan gunakan dia
    haih

  6. says

    nauzubillah..

    emm, benda mcm ni pun ada.. apa la nak jadi dengan suami sekarang ni.. kerja pun tak nak.. lepastu susahkan bini.. kesian gila. tak sampai hati nak tgk.. kalau terjumpa orang mcm ni… beli makanan n bagi kat dorang.. jgn bagi duit..

  7. says

    tak patut la camtu..kesian bini dia…tapi mungkin satu agenda jahat jugak..orang sekarang susah nak caya kan…peminta sedekah makin ramai..yg pelik indon pun ada..takkan snggup datang malaysia semata-mata nak mengemis..ish2…

Trackbacks

  1. […] Apakah Suaminya Lelaki Dayus ? | profhariz.com […]

Komen Pembaca

Your email address will not be published. Required fields are marked *