Allah Sentiasa Mendengar Doa Aku dan Kamu | profhariz.com

Allah Sentiasa Mendengar Doa Aku dan Kamu

Semalam PH terima panggilan telefon daripada kawan PH pada jam 11.38pm tuan empunya Laptop Lenove Z470 masuk air motherboard rosak. Time tu sebenarnya sudah terlelap, oleh kerana PH ni kalau dengar bunyi handphone mudah angkat. Haa, kiranya kalau kecemasan insyaAllah kalau handphone tak vibrate memang akan angkat. Kalau vibrate Sorry Sorry Chupke Chupke nak angkat.

grey Allah Sentiasa Mendengar Doa Aku dan Kamu

Pasti ramai rakan PH yang tahu 15 June 2012 yang lalu, PH dilanda musibah yang kiranya amat berat bagi PH. Hampir-hampir mahu putus asa akibat kawan punya Laptop Lenove Z470 masuk air. Sudahlah masa tu ada lagi 4 paper final exam. Hanya Allah saja yang tahu. Tapi oleh kerana ramai rakan-rakan di twitter, facebook, pembaca blog PH sendiri dan juga rakan-rakan terdekat dan yang penting my mom sendiri beri semangat pada PH rasa lega sedikit. Terima Kasih Kalian.

Doa Aku dan Kamu Sentiasa Allah Dengar

Korang tahu kenapa kawan PH call lelewat macam itu? Tak kan? Sebenarnya dia cakap kat PH bahawa Laptop Lenove z470 dia sudah pulih sepenuhnya cuma dengan harga RM300. Ya RM300 tukar motherboard rosak dalam masa 3 hari. Cepat kan? Masa itu PH tak percaya dan tanya banyak kali pada kawan PH,

PH : eh betul ke weh? Ko jangan main-main.
Kawan PH : betul la. Buat apa aku nak tipu? aku sekarang tengah online pakai laptop aku la ni.
PH : Ya Allah, Alhamdullilah, Alhamdullilah. Segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian Alam.
Kawan PH : Nanti aku pulangkan semula duit ko yang lebih tu ye.
PH : Baik-baik terima kasih banyak-banyak tau dan minta maaf.

grey Allah Sentiasa Mendengar Doa Aku dan Kamu

Arghhhh. Serius, selepas saja matikan telefon PH terus sujud syukur pada Allah dan menangis teresak-esak. Ternyata Allah Mendengar Doa Aku. Allah Mendengar Rintihan Aku, Allah dekat Dengan Aku. Allah Duga Aku Tanda Allah Sayang Aku. Bukannya Allah mahu bebankan aku, tetapi Allah rindu pada aku. Dia mahu, aku sentiasa dekat padaNya. Jalankan kewajipan aku sebagai mukmin. icon sad Allah Sentiasa Mendengar Doa Aku dan Kamu

Ternyata aku terlupa, aku lalai bila waktu susah baru aku ingat Allah. Bila aku dilanda musibah baru aku bangun solat malam, baru berjanji itu ini bernazar pada Allah. Betapa hinanya diri ini kan icon sad Allah Sentiasa Mendengar Doa Aku dan Kamu Rakan-rakan Ingatlah Allah Sentiasa Mendengar Rintihan Hamba-HambaNya. Dan sentiasalah Bersangka Baik Dengan Dugaan Allah. Janganlah bila musibah lenyap doapun hilang.

ProfHariz : Muhasabah diri, terus bergantung harap walau diuji musibah atau dibelai nikmat. Ingatlah Allah Sentiasa Mendengar Doa Aku dan Kamu.

Posted on 5 July '12 by , under Peribadi.


 Banner

21 Comments to “Allah Sentiasa Mendengar Doa Aku dan Kamu”

[...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Allah Sentiasa Mendengar Doa Aku dan Kamu | profhariz.com. [...]

05.07.12 at 15:24
Posted by Nani

Allah Maha Penyayang, Maha Melihat dan Maha Mendengar…
Alhamdulillah… =)

[Reply]

Hariz Reply:

Alhamdullilah. Tepat Sekali :)

[Reply]

05.07.12 at 15:34
Posted by tips

murah rejeki kamu.. :-)

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah. Mudah-mudahan. Terima Kasih :)

[Reply]

05.07.12 at 16:06
Posted by Shahrul

Alhamdulillah…

[Reply]

05.07.12 at 16:43
Posted by Fadzmie

Kita semua memang begitu. Yang penting jangan berhenti berdoa. ;)

[Reply]

05.07.12 at 17:04
Posted by zie fauzi

semua yg jadi tu bersebab dan ada hikmahnya.. yang penting jgn lupa kat DIA yer.. :)

[Reply]

05.07.12 at 17:59
Posted by nuriz

ya Allah maha mendengar apa yang hambanya doakan. doa dengan sabar. sabar dgn segala musibahnya. Insyaallah ada jalan yang akan dipermudahkan.

[Reply]

05.07.12 at 19:20
Posted by Jebeng Otai™

penting jgn putus asa..syukur semuanya dah selesai..

[Reply]

05.07.12 at 21:57
Posted by KiD

satu kisah bro yang cukup ada erti…

[Reply]

05.07.12 at 23:42
Posted by MDHAFiZ.NET

Tatkala Allah merindui hambanya lalu dperintahkan kpd malaikatNya.. pergilah kmu kepada hamaKu itu.. lalu ujilah dia.. kerana ku ingin mendengar rintihan hatinya kepadaKu.. . :)

Berdoalah kpdku nescaya akan ku perkenankan doamu.. Surah Ghafir ayat 60 :)

ALhamdulillah…..

[Reply]

06.07.12 at 00:21
Posted by eddie

Doa adalah senjata paling ampuh buat mukmin…jadi harus dijadiakn amalan setiap hari..kepada siapa lagi kita hendak bermohon..melainkan selain daripada DIA

[Reply]

06.07.12 at 09:25
Posted by mak lagenda

Alhamdulillah…berlalu juga masalah yg kita nampak ia sbg masalah. Sedangkan, Allah hanya ingin menguji kesabaran dan ingatan kita terhadapnya shj.

[Reply]

06.07.12 at 10:36
Posted by mommyNana

Alhamdulillah. Kira sabar itu sgt membantu, malah berdoa terus-terusan pada Allah adalah tanda kita sayang dan di sayangi Allah. Susah senang sentiasalah ingat pada Allah. InsyaAllah. :)

[Reply]

06.07.12 at 11:23
Posted by sha

alhamdulillah ..

anyway sorry sbb lama x blogwalking blog PR so x dpt berkongsi kedukaan PR tempoh hari

[Reply]

06.07.12 at 12:32
Posted by suri

eii tgok tuh dia sedh nak amik kotak ni ..tisu klrkan sndri ya hee…

sabarlah dugaan yg bertimpa2 tu terkadang kita tak sedar ada himahnya… kena cekal sllu ya..

[Reply]

06.07.12 at 12:34
Posted by suri

doa masih degar cuma mungkin permintaan agak cpt atau lambat.ada doa baik Dia ganti dg hadiah yg lain…kita sering sangka buruk pada masalah kita walaupun kita hanya manusia rasa dri cma tak sayang oleh pencipta.. hakikatnya Tuhan akan uji kita sb dia tahu tahap mana kesabaran kdan keketahanan kita. Tuhan tak akan uji kita pada pkra yg kita sndri tk mmpu…

[Reply]

06.07.12 at 13:07
Posted by tehr

sungguh mengesankan
moga2 allah ampunkan dosa2 aku yang telah lalu, sekarang dan yang akan datang
amin

[Reply]

07.07.12 at 06:59
Posted by cik tom

alhamdulillah =)

[Reply]

08.07.12 at 21:47
Posted by akubiomed

Satu kelegaan dan kesyukuran.

[Reply]








Hariz