ABPBH 2011 - Senarai Keputusan Penuh Pemenang. | profhariz.com

ABPBH 2011 – Senarai Keputusan Penuh Pemenang.

ABPBH 2011 – Akhirnya selesai sudah Siaran Langsung Keputusan Penuh ABPBH 2011. Memang banyak kejutan yang berlaku antaranya Artis Baru Wanita Popular ramai yang jangka Neelofa tetapi Tasha Shilla yang berjaya mungkin Tasha Shilla Mesra dan Sporting yang boleh menang. Hehehe

grey ABPBH 2011   Senarai Keputusan Penuh Pemenang.

Bagi Keputusan ABPBH 2011 Penyanyi Lelaki Popular juga memang ada kejutan iaitu Hafiz (awan nano) berjaya kalahkan Anuar Zain. Ramai yang menjangkakan Lelaki Kacak itu akan menang tapi sebaliknya yang berlaku. Persembahan juga memang terbaik iaitu Persembahan Ombak Rindu antara Aaron Aziz, Maya Karin dan juga Lisa Surihani.

Keputusan Penuh Pemenang ABPBH 2011

1. Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz
2. Penyanyi Wanita Popular : Yuna
3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular : 3 SUARA Jacqlyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
4. Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz
5. Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin
6. Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz
7. Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha
8. Pengacara TV Lelaki Popular : Zizan Raja Lawak
9. Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
10. Penyampai Radio Lelaki Popular :  Faizal Bin Ismail
11. Pengacara Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
12. Artis Komedi Lelaki Popular : Johan
13. Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias
14. Artis Baru Lelaki Popular : Johan Ariff (Botak)
15. Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shilla
16. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Sheila Majid
17. Anugerah Seri Perak : Dato’ Siti Nurhaliza
18. Artis Paling Popular ABPBH 2011 : Aaron Aziz

ProfHariz : Tahniah Kepada Semua Pemenang Anugerah Bintang Popular 2011. Ternyata Penangan Ombak Rindu !

Posted on 8 April '12 by , under Hiburan.


9 Comments to “ABPBH 2011 – Senarai Keputusan Penuh Pemenang.”

09.04.12 at 02:01
Posted by akubiomed

Lelaki kacak Aaron Aziz menang juga ABPH. :-)

[Reply]

09.04.12 at 14:40
Posted by Malaysia Coin

Tahniah kepada semua pemenang.
Hari ini semua orang bercerita pasal Aaron Aziz…. :)

[Reply]

09.04.12 at 16:50
Posted by abesyah

sperti yg dijangka…aura ombak rindu bgitu kuat…dn mmbuatkn ia sgt popular..slps ni mgkin byk lg flem2 adaptasi novel akn ditrbitkan…lakonan aoron mmg mantap dalam ombak rindu..!

[Reply]

09.04.12 at 20:56
Posted by fiqas

tak sangka tasha shila menang artis baru wanita popular..

[Reply]

10.04.12 at 01:13
Posted by abesyah

aura ombak rindu sgt kuat…tenggelam smua movie2 lain…hope lps ni lbh byk film yg berkualiti adaptasi dr novel dpt diterbitkan…

[Reply]

10.04.12 at 17:13
Posted by samanosuke_04

huhu, apsal aku tengok cite ombak rindu cam biase jer arh? tak rasa mantap pon… rase cam banyak lagi cite laen yang best.. rasa cam cite ombak rindu tue gempak sebab castmember yang mahal jer…

[Reply]

12.04.12 at 17:25
Posted by titan

hoho..aku tak menang la pula..

[Reply]

16.04.12 at 08:43
Posted by zool

Aaron Aziz menang sebab kacak ke bakat ek?

[Reply]

Hariz Reply:

Sebab bakat yang paling utama :)

[Reply]








Hariz