3 Minggu Lagi Di Bumi Melaka | profhariz.com

3 Minggu Lagi Di Bumi Melaka

Assalamualaikum dan salam rindu kepada semua pembaca blog.hariz

Rasanya sudah cukup lebar laman web blog.hariz ni kan ? Sebenarnya sebelum ni pun dah ramai yang komen ruang entri blog hariz kecil, banyak ruang kosong tepi, nampak macam tergantung dan macam-macam lagi. Terima kasih kepada saudara RozaniGhani yang membantu PH lebarkan theme cubismo ni. Dan ramai yang cadangkan untuk PH tukar theme baru bukannya PH tak nak tukar tapi perlukan masa yang lama nak tukar-tukar theme ni. InsyaAllah buat masa skrg PH masih kekal dengan theme cubismo dan dalam pembikinan untuk setting apa yang patut secara berperingkat bagi tampak lebih kemas dan ringan.

grey 3 Minggu Lagi Di Bumi Melaka

Last entri yang PH update adalah Tahap Tekanan Darah Tinggi pada 30 Mei 2012 yang lalu, itupun curi-curi update. PH sudah mula breakfast dengan oat atas nasihat doktor. Hehehe. Dan sudah lama rasanya PH tidak berkunjung ke laman blog Top Komenter Blog.Hariz dan meninggalkan komen di blog Rakan Blogger. Bukannya mahu biarkan blog ini bersawang tanpa entri, tapi terbatas dari segi masa dan keadaan sekarang yang amat sibuk dengan persediaan peperiksaan Akhir semester yang akan berlangsung pada 11 June – 21 June 2012.

Kesibukan Seorang Pelajar

Seperti ramai yang sedia maklum PH akan menjalani Latihan Industri pada 16 Julai 2012 nanti. PH pun masih dalam dilema antara Kilang di Bukit Manyak atau Kedai Komputer di Megamall Pacific. InsyaAllah akan istikharoh minta petunjuk daripada Allah. 3 minggu lagi di bumi melaka insyaAllah 22 June 2012 PH akan check out dari Asrama Ilp Selandar dan kemungkinan besar pada 22 June 2012 PH akan ke ADTEC Batu Pahat untuk mengikuti Program Kecemerlangan Ko-Kurikulum Pelajar ILJTM Wilayah Selatan Tahun 2012 dan pada 24 June 2012 pula PH perlu bertolak ke Penang kerana pada 25hb ada temujanji di Penang jam 8 pagi masa untuk blog lagilah takde kan icon sad 3 Minggu Lagi Di Bumi Melaka

grey 3 Minggu Lagi Di Bumi Melaka

Pada minggu ini PH perlu siapkan portfolio yang masih tertangguh dan perlu menduduki exam yang masih ada berbaki 1. Selain itu juga, Pada 8 June 2012 ini Kelas Sistem Komputer ILP Selandar akan mengadakan jamuan penutup yang akan di adakan di Restoran Klasik Terapung ( Tomyam Klasik ) Melaka. Memang super busy kan ? Sesungguhnya pada 3 minggu terakhir di bumi melaka ini PH akan cuba menciptakan sejarah yang seberapa banyak untuk dijadikan kenangan hidup. Eceh. hehehe

Minta maaf sesangat memang blog akan terabai sedikit tapi insyaAllah jika ada kelapangan dan sedikit ruang PH akan berkunjung ke blog rakan blogger dan mohon rakan-rakan doakan PH dipermudahkan segala urusan olehNya dan semoga berjaya dalam Peperiksaan Akhir Semester yang akan berlangsung pada minggu depan dan Allah berikan kesihatan yang baik pada PH. Terima Kasih.

Posted on 4 June '12 by , under Peribadi.


 Banner

35 Comments to “3 Minggu Lagi Di Bumi Melaka”

[...] fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); NEGARAKU! Tutup Terus ke sumber Negaraku.My Media Social Ruangan Iklan? 468×60 – Email Kami! var _wau = _wau || []; [...]

04.06.12 at 22:10
Posted by mohd firhan jasni

tahniah dik sebab nak habis belajar. manfaatkan latihan industri anda sepenuhnya. nanti boleh lah ajar aku ni :p

[Reply]

Hariz Reply:

Alhamdullilah. Terima Kasih Abang Ipaq :)

[Reply]

04.06.12 at 22:46
Posted by beckhr00y

praktikal dkat kedai komputer senang curi tulang hehe

[Reply]

Izzuddin Fauzi Reply:

Siapa kata senang… Sedang mengalami nie… Hahaha :)

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah tapi kalau boleh nak pengalaman :)

[Reply]

05.06.12 at 00:05
Posted by titan

ko tengah praktikal rupanya. hoho..

[Reply]

Hariz Reply:

Belum lagi la bro :P

[Reply]

05.06.12 at 00:47
Posted by chii

kejap je masa berlalu..all the best ya

..restoran terapung..dulu time kt mlk..x berkesempatan langsung nak kesana..dgr nama slalu ye la..

//..nak tuka theme..pilihlah theme twenty eleven ya..putih lagi suci..ehehe

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah Terima Kasih. Ikutkan nak je review restoran terapung yang tak best tu.

[Reply]

05.06.12 at 07:48
Posted by Ikhtiar Shah

Oh study kat melaka rupanya.
Semoga berjaya bro…

[Reply]

Hariz Reply:

Ya. Terima Kasih. InsyaAllah

[Reply]

05.06.12 at 10:18
Posted by suri

salam..eh tggal minggu depan sahaja lagi..take easy hee..good luck..

[Reply]

Hariz Reply:

Ya. 22hb ni dah nak tinggalkan bumi melaka. Tak sabar rasanya eh

[Reply]

05.06.12 at 10:18
Posted by suri

apa buat di ceruk negeri hamba tu ce ceritegh ?

[Reply]

Hariz Reply:

Saya belajar di sini kak suri :) hehehe

[Reply]

05.06.12 at 10:22
Posted by suri

dulu ada mmber belajar ILP melaka.. bgian kejeteraan tak silap huu..suru masa amik sistem maklumat dulu ayag suruh tukkar amik sistem komputer sambung belajar lagi kt adtec alor gajah tapi sy suri tak minat huu…

[Reply]

05.06.12 at 10:22
Posted by suri

semoga sukses dlm latihan industri..peperiksaan kelak..buats ehabais terbaik ya..

[Reply]

05.06.12 at 11:15
Posted by annisa

salam PH…

semoga sukses dlm mengejar cita-cita…

[Reply]

05.06.12 at 20:34
Posted by Jebeng Otai™

gud luck bro.. :)

[Reply]

05.06.12 at 23:58
Posted by Born27

I hope that you will learn a lot from the technical aspects of this training. Good luck!

[Reply]

06.06.12 at 02:23
Posted by tehr

maka akan bermula nanti alam pekerjaan
tahniah dan semoga terus berjaya

[Reply]

06.06.12 at 11:51
Posted by azman

Adeh ingat dah kerja jadi prof kat u…belajar itu 1 pelaburan masa hadapan.

[Reply]

06.06.12 at 12:14
Posted by Izzuddin Fauzi

Chayyok bro… Teruskn… :) Buat pilihan yang tepat :)

[Reply]

Hariz Reply:

Amin Ya Allah. InsyaAllah Terima Kasih

[Reply]

06.06.12 at 16:34
Posted by sha

semoga semuanya baik baik sahaja….

[Reply]

Hariz Reply:

Amin Ya Allah. InsyaAllah

[Reply]

06.06.12 at 23:50
Posted by cik tom

slmt berpraktikal!

[Reply]

Hariz Reply:

Terima Kasih Cik Tom :)
Tapi lambat lagi bulan depan.

[Reply]

09.06.12 at 10:43
Posted by Ayie

aku xnk komen pasal belajar.. tapi aku nak komen ttg blog.. blog ko ni semakin melebar.. adakah badan ko sama lebar jugak ?

[Reply]

Hariz Reply:

Badan ? Semakin jugak bro. Hehehe

[Reply]

09.06.12 at 12:08
Posted by alynn

untungla da nk abes bljr :)

[Reply]

Hariz Reply:

Hehehe. Tapi masih jauh kot perjalanan

[Reply]

09.06.12 at 17:20
Posted by papa mifz

semoga semuo nyer berjalan dgn lancar yer…amin…

[Reply]

Hariz Reply:

Amin Ya Allah. Terima Kasih Papa Mifz :)

[Reply]








Hariz