2013 Usaha Peningkatan Kualiti Hidup

Kualiti Hidup

2012 sudah meninggalkan kita dan 2013 pun sudah 2 minggu menjadi sebahagian dalam hidup kita. Dalam setiap tahun baru semestinya setiap umat manusia tidak dapat lari daripada cita-cita , azam, senarai harapan untuk meningkatkan kualiti hidup daripada tahun-tahun sebelumnya. Merujuk kepada realiti perbuatan manusia, azam memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu perancangan kita. Jika ada perancangan tetapi tidak ada azam bagaimana ya rakan blogger? Berjaya atau gagalnya suatu misi terletak kepada niat, azam dan kesungguhan dalam diri kita sendiri. Azam yang terselit di hati itulah punca yang akan menentukan akibat dari setiap perbuatan.

Perancangan Azam Menurut Islam

Pernah ke tidak dalam hidup kita, kita fikir apakah azam yang kita senaraikan adalah menurut perspektif islam yang sebenar? Apakah azam kita itu tulus dan ikhlas kerana menuntut keredhaan Allah? Rakan Blog Hariz percaya atau tidak setiap azam tanpa keikhlasan kepada Allah adalah tidak diterima, tertolak dan sia-sia sahaja. Ya ! Walaupun dari sudut praktikalnya berjaya dan berhasil. Tetapi di sisi Allah adalah anda Failed !

Sebelum memulakan azam kita perlu mempunyai 3 perkara iaitu perancangan, pengurusan dan strategi yang baik serta bersesuaian dengan matlamat yang ingin dicapai. Seterusnya baru merujuk kepada perlaksanaan yang baik dan istiqamah dengan bertawakkal kepada Allah untuk membuat penilaian dan muhasabah secara berterusan agar perancangan dan perlaksanaan azam kita tidak lari serta
tersasar dari matlamat yang ingin dicapai.

Perancangan, pengurusan dan strategi memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan cita-cita dan azam. Ini dijayakan dengan baik oleh nabi kita iaitu Rasulullah S.A.W. dalam memacu kegemilangan usaha dakwah dan pembentukan negara Islam sewaktu kepimpinan baginda yang kemudiannya diteruskan oleh para sahabat Khulafa al-Rasyidin. Allah. Allah. Allah.

Sahabat Rakan Blogger dalam Islam, sesuatu azam yang diiringi dengan usaha, perancangan, pengurusan, strategi dan perlaksanaan tidak akan tercapai keberhasilannya tanpa kebergantungan kepada taufik dan hidayah serta inayah (pertolongan) Allah. Dengan sebab itu adanya konsep tawakkal dalam kehidupan kita sebagai mukmin yang boleh diertikan sebagai berserah kepada Allah setelah berikhtiar dalam melaksanakan sesuatu perbuatan.

Dalam perkara ini Ini amat bertepatan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad (azam), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya” (Surah Ali Imran : 159).

2013 Usaha Kualiti Hidup Yang Benar

Bila disebut kualiti hidup, kualiti hidup. Apakah kita faham makna kualiti hidup yang sebenar? Baiklah, makna kualiti hidup yang sebenarnya adalah  “ADA PERUNTUKAN MASA UNTUK ALLAH DAN RASULNYA” dalam kehidupan kita. Itulah makna sebenar kualiti hidup wahai sahabat. Andai hidup tanpa ada kualiti apalah maknanya kan? Ibarat pohon tanpa daunnya. Bukan sahaja buah, daun pun tiada.

Apakah Nilainya kita andai hidup 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun hanya memikirkan duniawi? Hanya sibuk 24jam mengejar cita-cita,azam dan kesungguhan yang kita mahukan yang tidak berlandaskan Peracangan Azam Menurut Islam ? Apalah maknanya jika harta bertambah, bini bertambah, anak bertambah sedangkan masa untuk beribadah kepada Allah semakin berkurang? Nauzubillah Minzalik. Sesungguhnya kita tidak terlambat untuk kembali kepada Allah usaha untuk menjadi Seorang Hamba Allah yang bertakwa.

Hariz

 

InshaAllah, Rakan Blog Hariz kesemuanya setelah membaca artikel ini bukalah mata anda dan percayalah bahawa anda dan diri saya sendiri tidak terlewat untuk merancang azam dan cita-cita yang lebih baik. InshAllah. Azam Hariz untuk 2013 adalah Usaha Peningkatan Kualiti Hidup Untuk Menjadi Hamba Allah, Anak Yang Baik, Pelajar Yang Cemerlang dan Sahabat Yang Baik. Yang penting 2013 dalam dunia blogging, Hariz akan berusaha berkongsi artikel yang memberi manfaat kepada para pembaca. Tak banyak sedikit pun jadilah. InshaAllah

Comments

  1. says

    Entry yang ‘menyedarkan’. (^_^)
    Semoga apa-apa azam yang saya dan yang lain2 buat untuk tahun ni dan tahun2 akan datang, semuanya Lillahita’ala…

  2. says

    hai.. semoga perancangan kita pada tahun 2013 akan lebih berjaya berbanding tahun sebelumnya, paling penting sentiasa dekatkan diri denganNya =D

Trackbacks

  1. […] Percaya atau tidak, andai diri kamu segagah perwiranya lelaki, sekuat ibu yang mengandungkan anak sembilan bulan dan melahirkannya. Apabila sudah tersungkur ke lembah kekecewaan pasti sukar untuk survive diri bagaimana untuk bangun semula. Terasa seolah-olah apa yang diusahakan, apa yang diDOAkan dan apa yang diNAZARkan lillahi ta’ala seperti tiada nilai disisiNYA. Kekecewaan yang dihadapi ini terasa amat berat. Mungkin sebelum ini PH tidak pernah merasa kekecewaan yang melampau apabila kita usaha,nazar,doa dan tawakkal hasilnya adalah ZERO. Apakah ini baru permulaan untuk PH merasa kecewa dalam hidup ? atau untuk lebih matang dalam 2013. […]

Komen Pembaca

Your email address will not be published. Required fields are marked *