Filem Azura 2012 | profhariz.com
 Banner

Filem Azura 2012

Tags:, , , , , , , .

Filem Azura 2012 terbaru arahan Aziz M.Osman. Diadaptasi dari filem pecah panggung AZURA (1984) lakonan Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud. Azura kaulah sinar hidupku merupakan tagline bagi filem ini yang bakal ditayangkan serentak di seluruh pawagam pada 02.02.2012.

Azura 2012 Filem Azura 2012

Filem Azura 2012 dilakonkan oleh pelakon yang sangat gorgeous iaitu Neelofa sebagai Azura bersama gandingannya Shahz Jaszle sebagai Zek. Filem Azura 2012 ini dengan durasi 98 Minit bergenre romantik drama yang membuatkan hariz sendiri tidak sabar untuk tonton di pawagam. Sebelum layan Filem Azura 2012 di pawagam mari kita layan
Sinopsis dan Trailer.

Sinopsis Filem Azura 2012

Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibubapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuatkan Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.

Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.

Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibiliti Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan berkemungkinan akan merosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh mengambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek namun Zek menerimanya sebagai satu cabaran.

Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani kehidupan baru. Kerana kekurangan pengalaman dan kelayakkan, Zek menghadapi masalah untuk mendapat kerja dan akhirnya bekerja sebagai pembantu di stesen petrol manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan di tawarkan bekerja di luar negara.

Tekanan pekerjaan menjejaskan emosi Zek, Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bila mengetahui Azura berbohong, dia merajuk dan menginggalkan Azura. Azura terpaksa membuat pilihan, sama ada meneruskan cita-citanya atau terus setia menanti suami. Untuk mengetahui kesudahannya Filem Azura 2012, saksilah di pawagam pada 2 Februari 2012.

Trailer Filem Azura 2012

ProfHariz : Jom reramai meriahkan Fan Page Facebook Azura 2012

Incoming search terms:

Posted on 1 February '12 by , under Filem.

Malaysia Web Hosting

Anda Mungkin Meminati

6 Comments to “Filem Azura 2012”

01.02.12 at 14:50
Posted by akubiomed

Jalan cerita sudah diketahui. Penonton akan membanding filem Azura versi asal dan Azura 2012.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Pujukan ombak rindu di Zoo Melaka

[Reply]

Hariz Reply:

Semoga Filem Azura 2012 lebih baik daripada Filem AZURA (1984) lakonan Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud. :)

[Reply]

01.02.12 at 15:17
Posted by rozuan

harap2 lakonan neelofa menjadi
rozuan recently posted..3 KEBAIKAN MEMELIHARA BINATANG PELIHARAAN (PETS)

[Reply]

02.02.12 at 01:47
Posted by lunaticg

Nealofa tu OK rasanya jadi Azura tapi yg hero lelaki tu?
Harap hensem jer.., berlakon pun mcm tak best….
lunaticg recently posted..Cash scanner in KLIA

[Reply]

04.02.12 at 17:12
Posted by abu85

saper dah tgk … best ke cite ni n ada kelainan tak dari filem asal

[Reply]

09.02.12 at 22:55
Posted by Selamat Hari Lahir Neelofa. | profhariz.com

[...] pelakon, pengacara dan model iklan. Sekarang Neelofa juga merupakan duta bagi Avon dan Heroin dalam Filem Azura 2012. Tahniah sayang. Opss. Hehehe. Neelofa merupakan anak jati Pasir Mas, Kelantan. Orang kelantan [...]








CommentLuv badge

PageRank Checking Icon