Filem Ombak Rindu | profhariz.com
 Banner

Filem Ombak Rindu

Tags:, , , , , , , , , , .

Ombak Rindu yang diadaptasikan dari sebuah novel cinta nukilan novelis terkenal,Fauziah Ashari akan diarahkan oleh sutradara terkenal Osman Ali. Jika sebelum ini Sharad Sharaz sudah berjaya mengangkat Novel Lagenda Budak Setan ke filem, itulah juga yang cuba dilakukan oleh Osman Ali apabila dia menghasilkan karya terbarunya Filem Ombak Rindu.

Ombak Rindu Filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu bakal menemui penonton pada 01 Disember 2011 di seluruh pawagam tanahair. Filem Ombak Rindu diterajui oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae. Ombak Rindu juga turut dibintangi oleh Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai. Sebelum layan Filem Ombak Rindu Full Movie mari kita layan Sinopsis dan Trailer Ombak Rindu.

Sinopsis Filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem Ombak Rindu ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi. Dah baca sinopsis? Jom layan Trailer Filem Ombak Rindu.

Trailer Filem Ombak Rindu

ProfHariz : Nampak tak “Kisah seorang gadis bernama Izzah dan Hariz“. Oh Kompem Hariz tengok punya Filem Ombak Rindu pada 3 Disember 2012. Hehehe

Incoming search terms:

Posted on 18 November '11 by , under Filem.

Malaysia Web Hosting

Anda Mungkin Meminati

19 Comments to “Filem Ombak Rindu”

18.11.11 at 03:41
Posted by samanosuke_04

wohoooo trailer pun dah mantap seyh.. hehe ada maya karin ngan lisa = reason enough untuk aku tengok.. huhu, tapi kena tunggu dvdrip laaa.. haha x leh gi wayang :(
samanosuke_04 recently posted..Tutorial Edit Gambar Jadi Hitam Putih versi Pro!

[Reply]

18.11.11 at 09:51
Posted by akubiomed

Saya pun tertanya-tanya mengenai filem ini apabila ia menjadi bualan antara pembaca novel terutama wanita.

[Reply]

19.11.11 at 07:25
Posted by hdn952

Tengok trailer saja..saya dah dapat rasa..cerita ni memang best……anyway.thanks bro for the info..

[Reply]

20.11.11 at 20:53
Posted by ein

agak2 best x ek cite nie..

[Reply]

21.11.11 at 23:55
Posted by Harfiz@Bizstudent

Macam best je filem ni…hehehe :)
Harfiz@Bizstudent recently posted..Live Streaming Malaysia Vs Indonesia Final Sukan SEA 2011 | Stadium Gelora Bung Karno

[Reply]

24.11.11 at 17:25
Posted by nizam

mantap citer ni…sebab novel dia pun meleleh baca..hehe
nizam recently posted..Trend Baru Wanita Bibir Tebal

[Reply]

02.12.11 at 23:56
Posted by Pacifista

sayang tak baca novel dulu.best citer ni :)
Pacifista recently posted..Takwim Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti 2012

[Reply]

03.12.11 at 09:11
Posted by hdn952

bila boleh nak tengok cerita penuh??

[Reply]

04.12.11 at 02:14
Posted by info center

cerita ni memang leleh air mata. tak rugi kalau tengok. hehe. bagi sapa2 yang minat lisa surihani, kena tengok cerita ni. mungkin ni filem terakhir dia sebagai gadis single. pasni dia nak kawen dengan yusry da..hehe

[Reply]

05.12.11 at 00:01
Posted by ash kutcher

ombak rindu antara novel fav aku..but utk cite ni, aku macam x bape kenan dgn maya n lisa yg pegang watak izzah n mila. oke, maybe sbb aku bkn kipas susah mati dorg. tapi ikut penulis novel ni sendiri, die x puas hati jugak dgn cite ni..so buat mase ni aku dalam pertimbangan la samada nak tgk kt wayang or x..huhu..

[Reply]

06.12.11 at 10:52
Posted by Zezebel Lair

Ramai yang cadang suruh tengok movie ni, :D
Zezebel Lair recently posted..WW : Kurung Cotton For Kids Code ZZB

[Reply]

11.12.11 at 16:23
Posted by hdn952

Bila boley tengok full movies?

[Reply]

12.12.11 at 17:34
Posted by matun

best sgt ke? jom tgk..hehehe
matun recently posted..Apabila Chenta itu Hadir

[Reply]

14.12.11 at 03:09
Posted by munir ardi

wah in idari sebuah novel ya prof pasti alurnya menarik
munir ardi recently posted..Pilihan Diskon Hingga 90% di Sebuah Portal Pencarian Diskon Terbesar di Indonesia

[Reply]

18.12.11 at 23:04
Posted by brohai

Dah tengok cite ni.Antara filem terbaik tahun ni.Pasti bnyk anugerah untuk filem ni.

[Reply]

20.12.11 at 12:09
Posted by kyrul

mohon link download ! muahahaha ! xde org upload lg

[Reply]

25.12.11 at 13:13
Posted by pokler

wah3, filem yang meletup. baru tengok statistik, kutipan dah mencecah hampir 11 juta dah. mantap2

[Reply]

26.12.11 at 18:23
Posted by hdn952

Camana nak tengok full movies??

[Reply]

[...] penjual-penjual CD/DVD yang mencari untuk dijual di pasar malam ataupun uptown-uptown kan? Disini Filem Ombak Rindu berjaya juga dikeluarkan untuk anda semua [...]








CommentLuv badge

PageRank Checking Icon