Tiramisu - Slot Akasia TV3 | profhariz.com
 Banner

Tiramisu – Slot Akasia TV3

Tags:, , , , , , , , , , , , , .

Tiramisu Slot Akasia TV3 Sebuah siri drama romantis yang bakal menggantikan Drama Seribu Kali Cinta.. Bunyi Tiramisu macam jepun pun adakan? Hehehe.. Berdasarkan Google Tiramisu ini sejenis kek? Siapa tahu? Baiklah, Drama Tiramisu bakal ditayangkan pada 27 Disember 2010 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam..

Tiramisu TV3 Tiramisu – Slot Akasia TV3

Tiramisu Slot Akasia TV3 ini lakonan hebat oleh Sharifah Amani (Melur), Pierre Andre (Daniel Mirzan), Adik Mia Sara (Ayesha), Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik). Wahhh.. Adik Mia Berlakon dalam Drama Tiramisu, Jom layan Sinopsis Tiramisu Slot Akasia TV3 dan Video Trailer Tiramisu.

Sinopsis Tiramisu TV3

TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).

Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?    Sumber : Budiey.com

Jangan lupa untuk Like Fans Page Slot Akasia TV3: Tiramisu di facebook dan Fans Page ProfHariz

Untuk minggu ini Akasia Tiramisu masih bermula pada jam 6.30ptg. minggu hadapan slot akasia ini akan ditayangkan pada jam 7ptg.

Promo Video Tiramisu TV3

ProfHariz : Jangan lepaskan peluang untuk menonton Tiramisu menerusi Slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00malam, hanya di TV3. Tiramisu Haikkk! Hehehe

Incoming search terms:

Posted on 25 December '10 by , under Drama.

Malaysia Web Hosting

Anda Mungkin Meminati

29 Comments to “Tiramisu – Slot Akasia TV3”

24.12.10 at 01:39
Posted by cik Yana

Ada Miasara!
Tibe-tibe excited :P
cik Yana recently posted..Si gigi putih -

[Reply]

Hariz Reply:

Hehehe.. Cik yana :) jangan lupa tengok adik mia sara kita okey?

[Reply]

24.12.10 at 09:03
Posted by saya_aRief

lame sudah tidak menonton tb.
;D
saya_aRief recently posted..PENCARIAN BLOGGER PERAMAH 2011

[Reply]

Hariz Reply:

Inilah masanya untuk bro arief mengadap pc layan tiramisu :)

[Reply]

24.12.10 at 15:07
Posted by ainzulaikha

TV sekarang ni dah bersarang.. hehe tak tgk tv dah sekarang ni… tgk blog je.. hehe

tapi nampak cam best gak ah kan..

[Reply]

Ali ridha Reply:

muat turun la kan senang.
Ali ridha recently posted..Tukar tema wordpress ke premium

[Reply]

Hariz Reply:

Tak pun tonton online pun boleh kan?

[Reply]

24.12.10 at 15:37
Posted by sharinginfoz

macam kek le pulak

[Reply]

Hariz Reply:

Hahahah memang kisah cinta kek gamaknya bro :)

[Reply]

24.12.10 at 18:59
Posted by Ali ridha

sedap makan tiramisu
beli kat pasar malam.
Ali ridha recently posted..Tukar tema wordpress ke premium

[Reply]

Hariz Reply:

Bro dah pernah makan ke tiramisu? Rasanya cam mana bro?

[Reply]

Ali ridha Reply:

mana adalah.
Ali ridha recently posted..Respect Ali-alridhacom

[Reply]

24.12.10 at 19:48
Posted by Mohd Isa

wah, ko pun apa kurangnya. citer pasal drama dah ye skg. hehe…trafik2…
Mohd Isa recently posted..Hadiah Buat Peminat Drama Hani Slot Lestary TV3

[Reply]

Hariz Reply:

Haah bro.. Macam nie jelah yang leh jana traffik tanpa blogwalking :P

[Reply]

24.12.10 at 21:45
Posted by Anip

ade budak cute tu miasara..suke la

[Reply]

Hariz Reply:

Haaa.. Modal movie skrg semua berdasarkan pada adik mia sara je ye?

[Reply]

25.12.10 at 14:06
Posted by Miss D

macam best jer. :) nanti nak tengok online tv3.

[Reply]

Hariz Reply:

Wahhh… Tengok online di tonton.com.my erk?

[Reply]

[...] This post was mentioned on Twitter by Ridhauddin Hariz, Merpati Putih. Merpati Putih said: Tiramisu – Slot Akasia TV3 http://bit.ly/gMF0SL (via @profhariz) [...]

25.12.10 at 19:30
Posted by cik shabah

errr?amani heroin dia ek?x minat la pulak kat ye :(
cik shabah recently posted..ibu lebih cenderung kepada anak lelakiteori bole pakai ke ni

[Reply]

Hariz Reply:

Haah gadis berkemban heroinnya :)

[Reply]

26.12.10 at 03:23
Posted by zik

eh ada peirre andrea… hehe… sekarang mudah.. kalau tak dapat tengok tv.. macam2 alternatif ada…
zik recently posted..Kucing paling garang !!

[Reply]

28.12.10 at 08:59
Posted by deCrewz

TV kat umah sampai xleh nak bukak sbb sibuk ngan kje..he3.
deCrewz recently posted..Shoutbox Sudah Tidak Relevan Lagi

[Reply]

28.12.10 at 11:16
Posted by myvitrd

Salam semua.. tentu ada yang tercari2 link download percuma drama tiramisu ni.. disini saya telah buatkan linknya..

http://myvitrd.blogspot.com/2010/12/tiramisu-episode-penuh-free-download.html

sebarang komen atau cadangan boleh dikemukan di link diatas

[Reply]

28.12.10 at 14:34
Posted by Zul's Stuff

klau korang rsa nak download cita ni..jemput la ke cni..
ada link bleh download cita ni..

http://zulmovie.blogspot.com/2010/12/tiramisu-2010-tv3-akasia-mkv-avi.html

tuan rumah jemput la p kt blog..
Zul’s Stuff recently posted..Laksamana Do Re Mi 1972 AVI &amp RMVB

[Reply]

[...] berita daripada saudara Zalfie Raoul mengatakan bahawa Faizal Yusof telah meninggal dunia… Drama tiramisu merupakan drama terakhir yang dilakonkan oleh Faizal Yusof… Faizal Yusof juga merupakan bekas [...]

13.01.11 at 18:55
Posted by ecah

best cite ni..meh dload ep 1-11

[Reply]

[...] Cinta Slot Akasia Tv3 menggantikan Tiramisu Tv3.. Saya dah lama tak layan Slot Akasia bagai ini.. Tapi masih terpanggil-panggil untuk update Drama [...]

23.02.11 at 03:21
Posted by ecah

habis sudah citer ni..mmg setaraf citer korea lah..

ecah recently posted..Segmen BlogCariPasal Cari Mangsa Makeover Header Rakan Blogger

[Reply]








CommentLuv badge

PageRank Checking Icon