Filem Ngangkung | profhariz.com
 Banner

Filem Ngangkung

Tags:, , , , , , , , .

Filem Ngangkung komedi seram bakal mengeraskan urat perut anda pada 25 NOVEMBER 2010 di seluruh pawagam berhampiran anda. Filem Ngangkung selama 92 minit arahan Ismail Bob Hasim dan diterbitkan oleh Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Filem Ngangkung Filem Ngangkung

Barisan pelakon Filem Ngangkung ialah Shaheizy Sam sebagai Azim (Pelakon Utama) Azad Jazmin, Angah Raja Lawak, Putri Mardiana, Eira Syazira, Mazlan Pet-Pet, Azlee Jaafar, Hamdan Ramli dan ramai lagi. Sebelum itu jom kita layan Sinopsis Filem Ngangkung dan Trailer yang disediakan oleh laman youtube.

Sinopsis Filem Ngangkung

‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya.

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya.

Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.

Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli.

Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka?

Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”. Sebuah lagi filem komedi seram terbitan Metrowealth (MIG).

Trailer Filem Ngangkung

ProfHariz : Tok… Anak cucu mintak nombor ekor boleh?

Incoming search terms:

Posted on 15 November '10 by , under Filem.

Malaysia Web Hosting

Anda Mungkin Meminati

15 Comments to “Filem Ngangkung”

15.11.10 at 18:44
Posted by Gadis Kampung Separa Bandar

bila nak belanja GKSB tengok wayang?

hahaha

LATEST ENTRY

FALSAMPAH ATAU FALSAFAH?

KALAU LA AWAK TAHU?

[Reply]

Hariz Reply:

Boleh.. Nanti datang penang tengok sekali :)

[Reply]

15.11.10 at 19:51
Posted by saya_aRief

macam best..
hahaha..
saya_aRief recently posted..GATAL HATI INGIN BIKIN KONTEST

[Reply]

Hariz Reply:

Apa yang saya tengok trailer filem ngangkung nie memang syiok :)

[Reply]

15.11.10 at 20:09
Posted by paan

biasanya kalo Shaheizy Sam berlakon , mesti bez. :)

[Reply]

Hariz Reply:

Haruslah Der.. Hahaha tapi dalam filem ngangkung tidak lagi adnan sempit :P

[Reply]

15.11.10 at 21:22
Posted by imanshah

jom hariz tgk wayang

[Reply]

Hariz Reply:

Datang penang bro :) Kita layan sekali… Hahha~

[Reply]

16.11.10 at 11:09
Posted by zik

mahu layan nanti cerita nieh.. exam sudah habis..yehaa..
zik recently posted..Merdeka merdeka merdeka!

[Reply]

16.11.10 at 11:28
Posted by L@n@ aka Mak Budak

kalau Shaheizy Sam ade mesti syiokkk ..
L@n@ aka Mak Budak recently posted..Gambar Nabil Raja Lawak Bercium VS Gambar Uncle Seekers Bermesra

[Reply]

Hariz Reply:

Yeah… Nanti g tengok okey *tolong promot*

[Reply]

27.11.10 at 15:01
Posted by irwan

besh wooo ini celitaaaaa
irwan recently posted..kisah benar- hati2 ketika bersolat di perhentian R &amp R

[Reply]

29.11.10 at 08:27
Posted by nur arenah

salam…..
best r cter ni
pecah perot teman nengoknye
hahaha

[Reply]

05.12.10 at 09:19
Posted by Jiwa Kacau

mmg lawak giler citer Ngangkung nie…mmg pecah panggung dibuatnya…w/pun lawak tp punyai mesej yg mendalam…
Jiwa Kacau recently posted..Minyak RON95 Naik 5 Sen

[Reply]

09.01.11 at 17:01
Posted by Zul's Stuff

Kepada sesia[pa yg tidak sempat nak tgk kt wayang…bleh la download kt cni..

Sharing is Caring Right!!!
Zul’s Stuff recently posted..Gelanggang Raja Lawak Musim 5 2011 Astro Prima AVI Added Minggu 1

[Reply]








CommentLuv badge

PageRank Checking Icon