AYOUB - Slot Samarinda TV3 | profhariz.com
 Banner

AYOUB – Slot Samarinda TV3

Tags:, , , , , , , , , .

AYOUB drama bersiri terbaru di tv3 bakal menghiasi slot Samarinda mulai 23 November 2010, AYOUB Slot Samarinda tv3 terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd dipertontonkan setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam. Drama bersiri 25 episod yang diarahkan oleh pengarah berbakat, Hilter M Zami membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Sadeli, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Dato’ Rahim Razali dan Mak Jah.

AYOUB TV3 AYOUB – Slot Samarinda TV3

Sumber gambar : Cikgudahlia.com

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, Drama AYOUB ini bakal memaparkan elemen-elemen baru dengan berteraskan pergolakan dunia korporat yang sememangnya sinonim dengan slot Samarinda. Jom Layan sinopsis Drama AYOUB

SINOPSIS AYOUB SLOT SAMARINDA

Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun (Rosnah Johari) dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel (Razak Ahmad) lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.

Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil (Fizz Fairuz) sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub. Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Sadeli), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan. Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim).

Mereka dikurniakan 4 orang anak selepas berkahwin. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.

Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.

Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Syarikat Ayoub mula menghadapi masalah setelah beberapa pekerjanya berpaling tadah. Anak yatim yang pernah dibantunya pula menuduh Ayoub mencabul kehormatannya.

Imej Ayoub sebagai seorang dermawan dan usahawan yang berjaya tercalar. Namun, Ayoub dan Tengku Zarima masih sabar dan tabah menghadapi segala cabaran. Wan Aidil bertindak lebih agresif sehingga tergamak membunuh anak-anak Ayoub serta menyebabkan Ayoub menderita dengan penyakit kulit akibat sisa bahan toksik.

Ayoub telah menyepi diri di dalam hutan. Dia enggan menerima sebarang bantuan daripada sesiapa dan mula menyalahkan Tuhan tentang nasib malangnya. Zahra, seorang anak yatim yang pernah dibantu oleh Ayoub hadir dalam hidupnya dan tekad memulihkan semangat Ayoub. Mampukah Ayoub bangkit semula? Bagaimana pula dengan kesudahan Wan Aidil? Sumber : budiey.com

ProfHariz :  Jangan Lupa Saksikan Slot Samarinda Ayoub di TV3

Incoming search terms:

Posted on 20 November '10 by , under Drama.

Malaysia Web Hosting

Anda Harus Membacanya...

7 Comments to “AYOUB – Slot Samarinda TV3”

20.11.10 at 02:02
Posted by fieqilah

tv3. selalu tajok cita mesti guna nama.
dulu nama pompuan.
skang nama laki.
ada prasan x?
kekeke
fieqilah recently posted..I am MrsStefan Salvatore

[Reply]

Hariz Reply:

Ye cik fieqilah.. Sebelum ini chinta Sekarang ayoub plak.. Kemudian lepas ini nama siapa pula gamaknya? Tapi yang best gandingan nama lelaki dan perempuan iaitu adamaya :)

[Reply]

20.11.10 at 10:37
Posted by H.P.B Blog

hahaha
suka nama cerita nih
asyik2 nama perempuan jer
skrg nama lelaki pula

P/S : Pandangan Peribadi Aku Berkenaan Filem 2 Alam Yang Aku Belum Tonton

[Reply]

Hariz Reply:

Ayoub nama seperti orang dulu-dulu.. Tetapi ejaan dia sangat unik kan? Kebiasaanya ayub je :P hehehe Bro layan ke samarinda tv3 nie?

[Reply]

20.11.10 at 16:23
Posted by Azuan

Oh.. AYOUB tu rupanya nama org yer.. baca sinopsis tu mcm best jer.. penuh suspen tu.. mcm ne yer kesudahannya tu yer..
Azuan recently posted..Berita Sukan Terkini SEO Contest

[Reply]

23.11.10 at 22:56
Posted by lancelot

Ini mcm kisah Nabi Ayyub a.s. jer sikit2…sebelum ni Habil Qabil mcm kisah anak-anak Nabi Adam a.s. lepas ni tatau ler citer apa..

[Reply]








CommentLuv badge

PageRank Checking Icon