Peperiksaan SPM 2010 bermula 23 November | profhariz.com
 Banner

Peperiksaan SPM 2010 bermula 23 November

Tags:, , , , .

Salam semua,

Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan diadakan mulai 23 November(Selasa) ini dan bukannya pada 22 November(Isnin) sebagaimana yang diumum sebelum ini, berikutan cuti umum di Johor.

 Peperiksaan SPM 2010 bermula 23 November

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sudah memaklumkan mengenai tarikh baru peperiksaan SPM itu kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui surat siaran bertarikh 7 Mei lalu.

Katanya, pindaan tarikh itu juga dimuat turun di laman sesawang LPM pada minggu pertama bulan Jun lalu, sementara jadual waktu peperiksaan SPM yang baru sudah pun dicetak dan dihantar ke semua Jabatan Pelajaran negeri untuk diedarkan ke semua sekolah menengah pada 23 Julai lalu.

Kementerian itu berkata, pemindaan tarikh peperiksaan itu dibuat berikutan langkah kerajaan Johor mewartakan 22 November sebagai cuti umum negeri itu sempena Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Dengan itu, peperiksaan SPM tahun ini akan bermula dari 23 November dan berakhir pada 20 Disember 2010, katanya. – BERNAMA

Jadual Waktu SPM 2010

ProfHariz : Semoga berjaya kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM

Incoming search terms:

Posted on 1 October '10 by , under Info, Isu Semasa.

Malaysia Web Hosting

Anda Mungkin Meminati

28 Comments to “Peperiksaan SPM 2010 bermula 23 November”

01.10.10 at 10:25
Posted by lizz

awww.dulu masa 1st day spm cuak kemain..tapi masuk 2nd day masuk dewan exam muke eksyen gila.hahahahaha
lizz recently posted..Masalah Dalam Perhubungan- Apa Patut Kita Lakukan Bertahan atau Berundur

[Reply]

Hariz Reply:

Hehehe.. Hariz smpai abis paper cuak.. tambah2 nak dapat result hehehe

[Reply]

01.10.10 at 15:41
Posted by Cik Yana

nak repeat paper!!!
nak repeat fizik,,
uwaaaa~
Cik Yana recently posted..Selamat tinggal kawan kawan bloggerku-

[Reply]

Hariz Reply:

Gewdik! dah dapat ijazah mau repeat lagi.. bhahaha

[Reply]

Cik Yana Reply:

ade ijazah pn mintak keje org nk tgk gak sijil SPM,,
huhuhu~
Cik Yana recently posted..Selamat tinggal kawan kawan bloggerku-

[Reply]

Hariz Reply:

Betul tuh cik yana.. SPM penting kan? huhuhu -.-

01.10.10 at 16:02
Posted by luahfikiran

ELOK JE LEPAS SYAWAL, EXAM ! SELAMAT BERJAYA DENGAN CEMERLANG KEPADA SESIAPA YANG MENDUDUKINYA
luahfikiran recently posted..MARI KITA BERHIJRAH KEPADA KEADAAN YANG LEBIH BAIK ! TAMBAH NILAI YANG BAIK DAN HAPUS NILAI YANG TIDAK BAIK !

[Reply]

Hariz Reply:

Amin ya allah :) hehehe

[Reply]

01.10.10 at 16:48
Posted by farra

wah.. mne hariz dpt info nie.. adik akk xblaja g au.. kite yg riso..

[Reply]

Hariz Reply:

Hehehe sis farra dapat info dari bernama.. suruh dia blajor kang nyesal… huhu

[Reply]

01.10.10 at 17:30
Posted by cute gurl(fia)

gud luck…
blajar rajin2..ahaks

[Reply]

Hariz Reply:

Saya baru pmr :P hahaha… Doakan dapat 8 E okey :)

[Reply]

01.10.10 at 20:03
Posted by cute gurl(fia)

ok…
ikot tips yg i ajar u 2 ok…
hope u dpt 8e ok prof hariz:P

[Reply]

Hariz Reply:

Terima kasih fia… u ajarkan i buat ala-ala kadar kan.. Baiklah i cuba untuk mempraktikkan :)

[Reply]

01.10.10 at 20:43
Posted by yanmie

akak spm 11 thn lepas..eheehe *eh tetiba pulak* hahhaa :P

[Reply]

Hariz Reply:

Wow.. 11 tahun lepas? muda lagi la nie kak yan erk? huhu.. Result kak yan mesti gempak :)

[Reply]

01.10.10 at 22:01
Posted by jawatan kosong

hehehe.. semoga berjaya la bro…
jawatan kosong recently posted..Tradewinds Plantation Jobs HR- Estate Manager- Mill Manager

[Reply]

Hariz Reply:

Oit saya sudah lepas spm :P

[Reply]

jawatan kosong Reply:

oo yang ini buat adik2x yang lain ya.. kekeke..
jawatan kosong recently posted..Tradewinds Plantation Jobs HR- Estate Manager- Mill Manager

[Reply]

Hariz Reply:

Ye abang jawatan kosong :P hehehe.. abang spm brapa tahun lepas

01.10.10 at 23:12
Posted by jawatan kosong

waa sudah berpuluh tahun lepas.. :) )
jawatan kosong recently posted..Tradewinds Plantation Jobs HR- Estate Manager- Mill Manager

[Reply]

Hariz Reply:

Oit pangkat uncle dah la ye :)

[Reply]

03.10.10 at 18:25
Posted by Ali ridha

buat betul2 tau adik semua.
Ali ridha recently posted..Pak cik Hitler dan masalah iphone4

[Reply]

Hariz Reply:

Yea.. Semoga adik2 semua berjaya kan bro ali :)

[Reply]

04.10.10 at 05:48
Posted by zik

yah itu dia…. spm sudah dekat..hehe
zik recently posted..Statistik performance september 2010 zikrihusainicom

[Reply]

Hariz Reply:

Semoga berjalah nohh… hahaha~

[Reply]

[...] Pelajaran Malaysia(STPM). Jadual waktu tersebut boleh didapati di Jadual Peperiksaan STPM 2010 dan Jadual Waktu SPM 2010 [...]

23.11.10 at 11:47
Posted by Papa Mama Buka Tingkap Dulu | profhariz.com

[...] hari selasa.. Harinie mulalah peperiksaan spm dan stpm… Harap bolehlah menjawab dengan setimpal apa yang anda usaha.. Papa, Mama bukak [...]








CommentLuv badge

PageRank Checking Icon