Drama - Chinta Slot Akasia TV3 | profhariz.com
 Banner

Drama Chinta Slot Akasia TV3

Tags:, , , , , , , , , .

Drama Chinta yang menggantikan Slot Akasia Epilog Syurga Cinta. Epilog Syurga Cinta memang bestlah daripada episod pertama Sampailah ke episod terakhir perjalanan cerita yang penuh desas desus.. Hehehe.. Kepada korang yang ada termiss dan teringin nak tengok balik Epilog Syurga Cinta bolehlah download disini..

5029025185 290bd4d85b b 200x300 Drama Chinta Slot Akasia TV3

Drama Chinta yang dilakukan oleh Fasha Sandha yang akan bersiaran pada Hari Isnin – Khamis di tv3 pada jam 6.30 – 7.30 Malam yang bakal membuatkan Hariz terpaku duduk di depan tv sebelum slot akasia sebelum-sebelum ini.. Hahaha. Drama Chinta ini akan bersiaran sebanyak 28 episod..

Sinopsis Drama Chinta TV3

Drama Chinta TV3 mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.

Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

ProfHariz : Pastikan korang jangan lepaskan Drama Chinta Ini…

Incoming search terms:

Posted on 29 September '10 by , under Drama.

Malaysia Web Hosting

Anda Mungkin Meminati

11 Comments to “Drama Chinta Slot Akasia TV3”

29.09.10 at 08:54
Posted by Azuan

belum sempat lagi nak tgk drama ni.. hehe
Azuan recently posted..OST Drama Chinta Akasia TV3

[Reply]

Hariz Reply:

Hehehe bro azuan saya dah tgk memang best bro :) rugi x tengok

[Reply]

Azuan Reply:

Ye ke bro..
kene tgk lah lepas ni.. hehe
Azuan recently posted..OST Drama Chinta Akasia TV3

[Reply]

Hariz Reply:

Ye.. jalan cerita yang menarik :)

[...] yang tercari-cari OST Drama Chinta Slot Akasia TV3? Baiklah Drama Chinta ni lagu temanya adalah Khatimah Cinta nyanyian daripada 6ixth Sense… [...]

01.10.10 at 02:20
Posted by Azuan

aku dah mula geram kt abg chinta.. hehe..
Azuan recently posted..Download Drama Chinta Akasia TV3

[Reply]

Hariz Reply:

Hahahaha.. tahu xpe. ko rasa sapa mati erk?

[Reply]

Azuan Reply:

tak tau lah bro.. hehe
Azuan recently posted..Download Drama Chinta Akasia TV3

[Reply]

12.10.10 at 20:48
Posted by ahm

geram dengan cinta tak pe.. aku dah mula geram dengan Dato Osman…hahaha

[Reply]

Hariz Reply:

aku pun sama… Ghrrrrrrrrrr~

[Reply]

[...] Kali Cinta Slot Akasia Tv3 yang bakal menggantikan Drama Chinta TV3.. Drama Seribu Kali Cinta bakal ditayangkan pada 15 November 2010 setiap Isnin hingga Khamis jam [...]








CommentLuv badge

PageRank Checking Icon