Aida Rahim dan Joe Radzwill sah bercerai | profhariz.com
 Banner

Aida Rahim dan Joe Radzwill sah bercerai

Tags:, , , , , , , , , .

4724292849 f00b545729 o Aida Rahim dan Joe Radzwill sah bercerai

Aida Rahim Dan Joe Radzwill

KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2010 : Selepas hampir sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya pasangan Joe Radzwill dan Aida Rahim @ Aida Khalida bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

Kemelut yang membelenggu pasangan itu juga akhirnya selesai setelah mereka bercerai secara baik di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad Mahkamah Syariah Petaling Jaya. Mereka bercerai dengan lafaz talak satu, kira-kira pukul jam 10.05 pagi tadi. Selepas selesai perbicaraan, mereka kemudiannya bersalaman.

Permohonan pembubaran perkahwinan secara fasakh itu dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Aida dan Joe (Ismail Ahmad @Mohd Radzwill), bernikah di Yala, Selatan Thailand pada 6 November 2002. Pasangan ini kemudian pengesahan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 12 September 2009.

Joe yang pernah berlakon dalam filem Black Maria mempunyai tiga anak daripada perkahwinannya sebelum ini manakala Aida ketika itu merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan.

Sumber Dari : Murai.com.my

PH :  Apa-apa pun kita harap keputusan yang diambil itu terbaik untuk mereka. insyaAllah

Incoming search terms:

Posted on 26 August '10 by , under Isu Semasa.

Malaysia Web Hosting

Anda Harus Membacanya...

14 Comments to “Aida Rahim dan Joe Radzwill sah bercerai”

26.08.10 at 21:31
Posted by aku_Gayahspears

hurm :| takot lak nak kawen :|
aku_Gayahspears recently posted..150jutakali by gayahspears

[Reply]

Hariz Reply:

Janganlah takut.. ehehehe
ada seru lakukan je :)

[Reply]

27.08.10 at 00:10
Posted by zulkbo

salam..
apa nak buat
jodoh tak panjang
semoga mereka berdua
tabah menghadapinya

[Reply]

Hariz Reply:

InsyaAllah :)

[Reply]

27.08.10 at 01:33
Posted by farhana

Err.. Lain plak nengok muke joe radzwill..

Pasni kene panggil aida rahim semula laa.. Takde daa aida radzwill..
farhana recently posted..Jalan-Jalan Pagi Tengok Matahari- Jalan-Jalan Malam Tengok Bulan

[Reply]

Hariz Reply:

Hahaha itulah :P

[Reply]

27.08.10 at 01:43
Posted by hans duta tomato

jodoh sampai disini sahaj

P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?

[Reply]

Hariz Reply:

Haah hans..

[Reply]

hans duta tomato Reply:

tu la pasal

P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!

P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog

[Reply]

Hariz Reply:

Hahaha malas nak cakap banyak bab nie kan hans?

27.08.10 at 12:34
Posted by Ain Z

inilah trend artis zaman kini.. hee..
haishh… nauzubillah…
Ain Z recently posted..Timbang ni Berat Sebelah lah

[Reply]

Hariz Reply:

Minta simpang la kan :)

[Reply]

27.08.10 at 18:40
Posted by Mama Murai

baguslah dorang cerai cara baik, dah xde jodoh nak buat macam mana lagi kan… tapi jgn hanya salahkan artis, sebenarnya org kebykan pun sama jer, memang mcm nie trend manusia akhir zaman. cerai berai sudah menjadi lumrah. yg merasa tempiasnya anak2.
Mama Murai recently posted..Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia Bendera sama seperti NAJIS!

[Reply]

Hariz Reply:

itulah kalau nak kawin.. kawin jelah jangan cerai
cukup x suka.. tapi ini mungkin jodoh diorg kan?

[Reply]








CommentLuv badge

PageRank Checking Icon